My bookmarksSign up free
← Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956

Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956 s 6

Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956 s 6

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 6 Disclosure of composition of medicines

(1) Subject to the provisions of this Act, no person shall— (a) sell by retail any article consisting of or comprising a substance recommended as a medicine; or (b) supply any such article as a sample for the purpose of inducing persons to buy by retail the substances of which it consists or which it comprises, unless there is written in the English or National language so as to be clearly legible on the article or a label affixed thereto, or, if the article is sold or supplied as aforesaid in a container, on the container or a label affixed thereto, or, if the article is sold or supplied as aforesaid in more than one container, on the inner container or a label affixed thereto— (i) the appropriate designation of the substance so recommended, or of each of the active constituents thereof, or of each of the ingredients of which it has been compounded; and (ii) in a case where the appropriate designation of each of the active constituents or the ingredients is written as aforesaid, the appropriate quantitative particulars of the constituents or ingredients: Provided that this subsection shall not apply to any article made up and supplied for the use of a particular person, being an article prescribed by reference to the needs of that person. (2) In the preceding subsection— (a) the expression “appropriate designation”, in relation to a substance, constituent or ingredient, means— (i) in a case where the substance, constituent or ingredient is a poison included in the Poisons List, the name with which the container of the poison is for the time being required to be labelled or marked in pursuance of subregulation 10(1) and Regulation 11 of the Poisons Regulations 1952 [L.N. 440/1952], or the corresponding law in force in Sabah or Sarawak, as the case may be; (ii) in a case where the substance, constituent or ingredient is not such a poison and is described in any of the monographs contained in the edition of the British Pharmacopoeia or the British Pharmaceutical Codex which was last published before the date on which the article was sold or supplied, the description set out at the head of that monograph; (iii) in a case where the substance, constituent or ingredient is not such a poison and is not described as in subparagraph (ii) of this paragraph, the accepted scientific name, or other name descriptive of the true nature, of the substance, constituent or ingredient; (b) the expression “appropriate quantitative particulars”, in relation to the active constituents or the ingredients of a substance, means— (i) the approximate percentage of each of those constituents or ingredients contained in the substance or the approximate quantity of each of those constituents or ingredients contained in the article sold or supplied; or (ii) in a case where the said article consists of or comprises a number of separate portions of the substance, either the approximate percentage or quantity aforesaid, or the approximate quantity of each of the constituents or ingredients contained in each portion; and (c) the expression “container” includes a wrapper. (3) If any person sells or supplies an article in contravention of the preceding provisions of this section, he shall, subject to this Act, be liable on summary conviction— (a) in the case of a first conviction, to a fine not exceeding one thousand ringgit; and (b) in the case of a subsequent conviction, to a fine not exceeding two thousand ringgit, or to imprisonment for a term not exceeding six months, or to both.

Malay text (authoritative)

Menzahirkan kandungan ubat

(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, tiada seseorang pun boleh— (a) menjual dengan secara runcit apa-apa artikel yang terdiri daripada atau mengandungi suatu bahan yang disyorkan sebagai ubat; atau (b) membekalkan mana-mana artikel sedemikian sebagai suatu sampel bagi maksud mendorong orang untuk membeli secara runcit bahan yang daripadanya ianya terdiri atau terkandung, melainkan jika ada tertulis di dalam bahasa Inggeris atau bahasa Kebangsaan supaya dapat dibaca dengan terang pada artikel itu atau sesuatu label yang dilekatkan padanya, atau, jika artikel itu dijual atau dibekalkan sebagaimana tersebut dahulu di dalam suatu bekas, pada bekas atau suatu label yang dilekatkan padanya, atau, jika artikel itu dijual atau dibekalkan sebagaimana tersebut dahulu dalam lebih daripada satu bekas, pada bahagian dalam bekas itu atau suatu label yang dilekatkan padanya— (i) gelaran yang diuntukkan bagi bahan yang disyorkan sedemikian, atau bagi tiap-tiap juzuk yang aktif baginya, atau bagi tiap-tiap ramuan daripada mana ianya telah disebatikan; dan Undang-Undang Malaysia AKTA 290 (ii) dalam hal di mana gelaran yang diperuntukkan bagi tiap-tiap juzuk yang aktif atau bagi ramuan itu ditulis sebagaimana tersebut dahulu, butiran kuantitatif yang diuntukkan bagi juzuk atau ramuan itu: Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi manamana artikel yang dibuat dan dibekalkan bagi kegunaan seseorang yang tertentu, sebagai suatu artikel yang dipreskripsikan dengan merujuk kepada keperluan orang itu. (2) Dalam subseksyen yang terdahulu— (a) ungkapan “gelaran yang diuntukkan”, berhubungan dengan suatu bahan, juzuk atau ramuan, ertinya— (i) dalam hal di mana bahan, juzuk atau ramuan itu adalah racun yang termasuk di dalam Senarai Racun, nama dengan mana bekas racun yang pada masa itu dikehendaki dilabel atau ditanda menurut subperaturan 10 (1) dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Racun 1952 [L.N.440/1952], atau undang-undang bersamaan yang berkuat kuasa di Sabah atau Sarawak, mengikut mana yang berkenaan; (ii) dalam hal di mana bahan, juzuk atau ramuan itu bukannya racun dan dihuraikan dalam mana-mana monograf yang terkandung di dalam edisi British Pharmacopoeia atau British Pharmaceutical Codex yang terakhir disiarkan sebelum tarikh artikel itu dijual atau dibekalkan, huraian yang dibentangkan di kepala monograf itu; (iii) dalam hal di mana bahan, juzuk atau ramuan itu bukannya racun, dan tidak dihuraikan seperti dalam subperenggan (ii) perenggan ini, nama saintifik yang diterima, atau nama lain yang Ubat (Iklan dan Penjualan) menghuraikan sifat sebenar bahan, juzuk atau ramuan itu; (b) ungkapan “butiran kuantitatif yang diuntukkan”, berhubungan dengan juzuk yang aktif atau ramuan sesuatu bahan, ertinya— (i) anggaran peratus bagi tiap-tiap juzuk atau ramuan yang terkandung di dalam bahan itu atau anggaran kuantiti bagi tiap-tiap juzuk atau ramuan yang terkandung di dalam artikel yang dijual atau dibekalkan itu; atau (ii) dalam hal di mana artikel itu terdiri daripada atau mengandungi beberapa bahagian berasingan bahan itu, sama ada anggaran peratus atau kuantiti yang tersebut dahulu, atau anggaran kuantiti bagi tiap-tiap juzuk atau ramuan yang terkandung dalam tiap-tiap bahagian; dan (c) perkataan “bekas” termasuklah sesuatu pembalut. (3) Jika mana-mana orang menjual atau membekalkan sesuatu artikel berlanggaran dengan peruntukan yang terdahulu bagi seksyen ini, tertakluk kepada Akta ini, dia boleh dikenakan atas sabitan terus— (a) bagi sabitan pertama, denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit; dan (b) bagi sabitan yang berikutnya, denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit, atau penjara selama tempoh yang tidak lebih daripada enam bulan, atau kedua-duanya.

Read this section in the full act →

Find Act 290 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next