My bookmarksSign up free
← Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956

Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956 s 6C

Medicines (Advertisement and Sale) Act 1956 s 6C

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 6C Examination of witnesses

(1) An authorized officer making an investigation under section 6 B may examine orally any person supposed to be acquainted with the facts and circumstances of the case. (2) Such person shall be bound to answer all questions relating to the case put to him by such officer: Provided that such person may refuse to answer any question if such officer fails or refuses on demand to produce to him the authorization in writing given by the Minister to the officer under section 6A and that such person may refuse to answer any question the answer to which would have a tendency to expose him to a criminal charge or penalty or forfeiture. (3) A person making a statement under this section shall be legally bound to state the truth, whether or not such statement is made wholly or partly in answer to questions. (4) An authorized officer examining a person under subsection (1) shall first inform that person of the provisions of subsections (2) and (3). (5) A statement made by any person under this section shall, whenever possible, be reduced into writing and, after it has been read to the person in the language in which he made it and he had been given an opportunity to make any corrections he may wish, shall be signed by him or affixed with his thumb print.

Malay text (authoritative)

Pemeriksaan saksi

(1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah seksyen 6B boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang dijangka tahu semua fakta dan keadaan hal itu. (2) Orang itu hendaklah terikat untuk menjawab semua soalan berhubungan dengan hal yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai itu: Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan jika pegawai itu gagal atau enggan apabila diminta Ubat (Iklan dan Penjualan) mengemukakan kepadanya kuasa secara bertulis yang diberi oleh Menteri kepada pegawai itu di bawah seksyen 6A dan orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang mana jawapannya mempunyai kemungkinan menyebabkan dirinya terdedah kepada tuduhan jenayah atau penalti atau lucut hak. (3) Seseorang yang membuat suatu pernyataan di bawah seksyen ini hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan sesuatu yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat secara keseluruhannya atau sebahagiannya dalam menjawab soalan-soalan. (4) Seorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah pada mulanya memberitahu orang itu peruntukan-peruntukan subseksyen (2) dan (3). (5) Sesuatu pernyataaan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, pada bila-bila masa yang boleh, diturunkan secara bertulis dan, selepas ianya dibaca kepada orang itu dalam bahasa pernyataan itu dibuat dan dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya, hendaklah ditandatangani olehnya atau dibubuh cap ibu jarinya.

Read this section in the full act →

Find Act 290 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next