Patents Act 1983 s 14
Sections 4–7 were repealed by later amendments.
s 14 Novelty
(1) An invention is new if it is not anticipated by prior art.
(2) Prior art shall consist of—
(a) everything disclosed to the public, anywhere in the world, by written publication, by oral disclosure, by use or in any other way, prior to the priority date of the patent application claiming the invention;
(b) the contents of a domestic patent application having an earlier priority date than the patent application referred to in paragraph (a) to the extent that such contents are included in the patent application published under section 33D on the basis of the said domestic patent application.
(3) A disclosure made under paragraph (2)(a) shall be disregarded—
(a) if such disclosure occurred within one year preceding the date of the patent application and if such disclosure was by reason or in consequence of acts committed by the applicant or his predecessor in title;
(b) if such disclosure occurred within one year preceding the date of the patent application and if such disclosure was by reason or in consequence of any abuse of the rights of the applicant or his predecessor in title;
(c) if such disclosure is by way of a pending application to register the patent in the United Kingdom Patent Office as at the date of coming into force of this Act.
(4) Subsection (2) shall not exclude the patentability of any substance or composition, comprised in the prior art, for use in a method referred to in paragraph 13(1)(d), if its use in any such method is not comprised in the prior art.
Malay text (authoritative)
Kebaharuan
(1) Sesuatu reka cipta dikatakan baharu jika ianya tidak didahului oleh ciptaan seni terdahulu.
(2) Ciptaan seni terdahulu hendaklah terdiri daripada—
(a) segala yang dizahirkan kepada awam, di mana jua dalam dunia ini, secara penyiaran bertulis, secara penzahiran lisan, secara penggunaan atau dengan apa-apa cara lain, sebelum tarikh prioriti permohonan paten yang menuntut reka cipta itu;
(b) kandungan sesuatu permohonan paten domestik yang mempunyai tarikh prioriti yang lebih awal dari permohonan paten yang disebutkan dalam perenggan (a) setakat mana kandungan itu termasuk dalam permohonan paten yang disiarkan di bawah seksyen 33D atas asas permohonan paten domestik tersebut.
(3) Sesuatu penzahiran yang dibuat di bawah perenggan (2)(a) boleh diabaikan—
(a) jika penzahiran itu berlaku dalam tempoh satu tahun sebelum tarikh permohonan paten dan jika penzahiran itu adalah disebabkan oleh atau akibat dari tindakan yang dilakukan oleh pemohon atau pendulunya dalam hakmilik;
(b) jika penzahiran itu berlaku dalam tempoh satu tahun sebelum tarikh permohonan paten dan jika penzahiran itu adalah disebabkan oleh atau akibat dari apa-apa penyalahgunaan hak pemohon atau pendulunya dalam hakmilik;
(c) jika penzahiran itu ialah secara menunggu permohonan untuk mendaftarkan paten di Pejabat Paten United Kingdom seperti pada tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini.
(4) Peruntukan subseksyen (2) tidak menyingkirkan kebolehpatenan apa-apa bahan atau komposisi, yang terkandung dalam ciptaan seni terdahulu, bagi kegunaan dalam kaedah yang disebut dalam perenggan 13(1)(d), jika kegunaannya dalam mana-mana kaedah sedemikian tidak terkandung dalam ciptaan seni terdahulu itu.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 291 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 November 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).