Sections 4–7 were repealed by later amendments.
s 3 Interpretation
In this Act, unless the context otherwise requires—
“appointed date” has the same meaning as is assigned to that expression in the Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002 [Act 617];
“Assistant Registrar” means the person appointed or deemed to have been appointed to be an Assistant Registrar under subsection 8(2) or (3);
“authorized officer” means an officer authorized under section 68;
“Corporation” means the Intellectual Property Corporation of Malaysia established under the Intellectual Property Corporation of Malaysia Act 2002;
“Council for TRIPS” means the council established under the TRIPS Agreement;
“Court” means the High Court, or Judge thereof;
“Deputy Registrar” means the person appointed or deemed to have been appointed to be a Deputy Registrar under subsection 8(2) or (3);
“employee” means a person who works or has worked under a contract of employment, or who is in employment under, or for the purposes of, any individual or organization;
“employer”, in relation to an employee, means the person by whom the employee is or was employed;
“Examiner” means any person, government department, unit or organization, or any foreign or international patent office or organization, appointed by the Corporation under section 9A;
“filing date” means the date recorded by the Registrar as the filing date under section 28;
“International Depositary Authority” means a depositary institution which has acquired the status of international depositary authority under the Budapest Treaty;
“microorganism” means any organism of microscopic size and parts of an organism of microscopic size, including sterile organism, virus and viroid;
“Minister” means the Minister for the time being charged with the responsibility for intellectual property;
“Official Journal” means the Intellectual Property Official Journal published by the Registrar under section 86A;
“owner of the patent” or “owner of a patent” means the person for the time being recorded in the Register as the grantee of a patent;
“patented invention” means an invention for which a patent is granted and “patented process” shall be construed accordingly;
“patented product” means a product which is a patented invention or, in relation to a patented process, a product obtained directly by means of the process or to which the process has been applied;
“pharmaceutical product” means—
(a) any patented product; or
(b) any product manufactured through a patented process,
of the pharmaceutical sector that includes active ingredient necessary for its manufacture and diagnostic kit needed for its use;
“prescribed” means prescribed by regulations made under this Act;
“priority date” means the date prescribed in section 27A;
“process” includes an art or a method;
“product” means any thing which appears in tangible form, and includes any apparatus, article, device, equipment, handicraft, implement, machine, substance and composition;
“Register” means the Register of Patents and the Register for Certificates for Utility Innovations kept under this Act;
“Registrar” means the Registrar of Patents as designated in subsection 8(1);
“resident” includes—
(a) a citizen of Malaysia who is residing in Malaysia;
(b) a non-citizen of Malaysia who—
(i) has obtained permanent resident status in Malaysia and is ordinarily residing in Malaysia; or
(ii) is residing in Malaysia by virtue of a valid pass lawfully issued to him under the Immigration Act 1959/63 [Act 155] to enter and remain in Malaysia;
(c) a body corporate incorporated, established or registered under any written law in Malaysia other than a foreign company; or
(d) an unincorporated body established or registered under any written law in Malaysia;
“right”, in relation to any patent application or patent, includes an interest in the patent application or patent and, without prejudice to the foregoing, any reference to a right in a patent includes a reference to a share in the patent;
“TRIPS Agreement” means the Agreement on Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights set out in Annex 1C to the Agreement Establishing the World Trade Organization.
Malay text (authoritative)
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Daftar” ertinya Daftar Paten dan Daftar bagi Perakuan Perbaharuan Utiliti yang disimpan di bawah Akta ini;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“hak”, berhubungan dengan sesuatu permohonan paten atau paten, termasuklah suatu kepentingan dalam permohonan paten atau paten dan, tanpa menjejaskan perkara di atas, apa-apa sebutan mengenai sesuatu hak dalam suatu paten termasuklah sebutan mengenai suatu syer dalam paten itu;
“Jurnal Rasmi” ertinya Jurnal Rasmi Harta Intelek yang disiarkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 86A;
“keluaran” ertinya apa-apa benda yang terdapat dalam bentuk ketara, dan termasuklah apa-apa radas, artikel, peranti, kelengkapan, kraftangan, alat, mesin, bahan dan komposisi;
“keluaran farmaseutikal” ertinya—
(a) apa-apa keluaran yang dipaten; atau
(b) apa-apa keluaran dikilangkan melalui proses yang dipaten,
bagi sektor farmaseutikal yang termasuklah bahan aktif yang perlu bagi pengilangannya dan kit diagnostik yang diperlukan bagi kegunaannya;
“keluaran yang dipaten” ertinya sesuatu keluaran yang adalah reka cipta yang dipaten atau, berhubung dengan suatu proses yang dipaten, sesuatu keluaran yang diperoleh secara langsung mengikut cara proses itu atau yang kepadanya proses itu telah dipakai;
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi, atau Hakim Mahkamah Tinggi;
“majikan”, berhubung dengan seseorang pekerja, ertinya orang yang oleh siapa pekerja itu sedang atau telah diambil bekerja;
“Majlis TRIPS” ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah Perjanjian TRIPS;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi harta intelek;
“mikroorganisma” ertinya apa-apa organisma yang bersaiz mikroskopik dan bahagian organisma yang bersaiz mikroskopik, termasuk organisma, virus dan viroid yang steril;
“pegawai yang berkuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 68;
“pekerja” ertinya seseorang yang bekerja atau yang telah bekerja di bawah suatu kontrak pekerjaan, atau yang sedang bekerja di bawah, atau bagi maksud-maksud, mana-mana individu atau organisasi;
“pemastautin” termasuklah—
(a) seorang warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia;
(b) seorang bukan warganegara Malaysia yang—
(i) telah mendapat status pemastautin tetap di Malaysia dan biasanya bermastautin di Malaysia; atau
(ii) bermastautin di Malaysia menurut pas yang dikeluarkan secara sah kepadanya di bawah Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] untuk masuk dan kekal di Malaysia;
(c) suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana
undang-undang bertulis di Malaysia selain suatu syarikat asing; atau
(d) suatu badan yang tidak diperbadankan yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia;
“Pemeriksa” ertinya mana-mana orang, jabatan, unit atau organisasi kerajaan, atau mana-mana pejabat atau organisasi paten asing atau antarabangsa, yang dilantik oleh Perbadanan di bawah seksyen 9A;
“pemunya paten” atau “pemunya sesuatu paten” ertinya orang yang pada masa ini direkodkan dalam Daftar sebagai penerima pemberian sesuatu paten;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Paten yang ditetapkan dalam subseksyen 8(1);
“Penolong Pendaftar” ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Penolong Pendaftar di bawah subseksyen 8(2) atau (3);
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002 [Akta 617];
“Perjanjian TRIPS” ertinya Perjanjian Perdagangan Berkaitan Aspek Hak Harta Intelek yang dinyatakan dalam Lampiran 1C kepada Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia;
“Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa” ertinya suatu institusi depositari yang telah memperoleh status pihak berkuasa depositari antarabangsa di bawah Triti Budapest;
“proses” termasuklah suatu seni atau kaedah;
“reka cipta yang dipaten” ertinya sesuatu reka cipta yang baginya sesuatu paten diberi dan “proses yang dipaten” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
“tarikh pemfailan” ertinya tarikh yang direkodkan dalam Daftar sebagai tarikh pemfailan di bawah seksyen 28;
“tarikh prioriti” ertinya tarikh yang ditetapkan dalam seksyen 27A;
“tarikh yang ditetapkan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002;
“Timbalan Pendaftar” ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Timbalan Pendaftar di bawah subseksyen 8(2) atau (3).
Text as at 1 November 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).