Patents Act 1983 s 64
Sections 4–7 were repealed by later amendments.
s 64 Unauthorized claim or patent
(1) Any person who falsely represents that anything disposed of by him for value is a patented product or process commits an offence and, subject to the following provisions of this section, is liable on conviction to a fine not exceeding fifteen thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years or to both.
(2) For the purposes of subsection (1), a person who for value disposes of an article having stamped, engraved or impressed on it or otherwise applied to it the word “patent” or “patented” or anything expressing or implying that the article is a patented product, shall be taken to represent that the article is a patented product.
(3) Subsection (1) does not apply where the representation is made in respect of a product after the patent for that product or, as the case may be, the process in question has, expired or been invalidated and before the end of a period which is reasonably sufficient to enable that
person to take steps to ensure that the representation is not made or does not continue to be made.
(4) In proceedings for an offence under this section, it shall be a defence for any person to prove that he used due diligence to prevent the commission of the offence.
Malay text (authoritative)
Tuntutan paten yang tidak dibenarkan
(1) Mana-mana orang yang membuat representasi secara palsu bahawa sesuatu perkara dilupuskan olehnya dengan mengharapkan balasan berharga adalah satu keluaran atau proses dipaten, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, tertakluk pada peruntukan yang berikut dalam seksyen ini, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), seseorang yang dengan mengharapkan balasan berharga melupuskan sesuatu artikel yang telah dicap, diukir atau ditera padanya atau dengan jalan lain digunakan padanya perkataan “paten” atau “dipaten” atau apa-apa perkara yang menyatakan atau mensiratkan bahawa artikel itu adalah suatu keluaran yang dipaten, hendaklah dikira sebagai menggambarkan yang artikel itu ialah suatu keluaran yang dipaten.
(3) Subseksyen (1) tidak terpakai sekiranya representasi dibuat berkenaan dengan suatu keluaran selepas paten bagi keluaran itu atau,
mengikut mana yang berkenaan, proses yang berkenaan itu telah tamat atau ditaksahkan dan sebelum tamatnya sesuatu tempoh yang semunasabahnya cukup untuk membolehkan orang tersebut mengambil langkah-langkah untuk mempastikan bahawa representasi itu adalah tidak dibuat atau tidak berterusan dibuat.
(4) Dalam prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini, maka adalah menjadi suatu pembelaan bagi mana-mana orang untuk membuktikan bahawa dia telah menggunakan usaha yang wajar untuk mencegah berlakunya kesalahan itu.
Read this section in the full act → · Open Part XIII →
Find Act 291 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 November 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).