Patents Act 1983 s 75
Sections 4–7 were repealed by later amendments.
s 75 Admission of statements in evidence
(1) Where any person is charged with any offence under this Act or any regulations made thereunder, any statement whether the statement amounts to a confession or not or is oral or in writing, made at any time, whether before or after the person is charged and whether in the course of investigations made under section 74 or not and whether or not wholly or partly in answer to questions by that person to or in the hearing of any authorized officer or police officer of or above the rank of Inspector and whether or not interpreted to him by another authorized officer, police officer or other person, shall be admissible in evidence at his trial and, if the person charged tenders himself as a witness, any such statement may be used in crossexamination and for the purpose of impeaching his credit:
Provided that—
(a) no such statement shall be admissible or used as aforesaid—
(i) if the making of the statement appears to the court to have been caused by any inducement, threat or promise having reference to the charge proceeding from a person in authority and sufficient in the opinion of the court to give the person charged grounds which would appear to him reasonable for supposing that by making it he would gain any advantage or avoid any evil of a temporal nature in references to the proceedings against him; or
(ii) in the case of a statement made by the person after his arrest, unless the court is satisfied that a caution was administered to him in the following words or words to the like effect:
“It is my duty to warn you that you are not obliged to say anything or to answer any question, but anything you say, whether or not in answer to a question, may be given in evidence”; and
(b) a statement made by any person before there is time to caution him shall not be rendered inadmissible in evidence merely by reason of no such caution having been administered if it had been administered as soon as possible.
(2) Notwithstanding anything to the contrary contained in any written law, a person accused of an offence to which subsection (1) applies shall not be bound to answer any questions relating to the case after any such caution as aforesaid has been administered to him.
Malay text (authoritative)
Penerimaan pernyataan dalam keterangan
(1) Jika mana-mana orang dipertuduh melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, apa-apa pernyataan sama ada pernyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada semasa penyiasatan yang dibuat di bawah seksyen 74 atau tidak dan sama ada atau tidak keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan yang dibuat oleh orang itu kepada atau dengan dapat didengar oleh mana-mana pegawai berkuasa atau pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau lebih tinggi dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh seorang pegawai berkuasa, pegawai polis lain atau orang lain, bolehlah diterima sebagai keterangan dalam pembicaraannya dan, jika orang yang dipertuduh itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, manamana pernyataan itu boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya:
Dengan syarat bahawa—
(a) tiada apa-apa pernyataan boleh diterima atau digunakan seperti yang tersebut di atas—
(i) jika pembuatan pernyataan itu didapati oleh mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang mempunyai hubungan dengan prosiding pertuduhan itu daripada seorang yang berkuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah untuk memberi kepada orang yang dipertuduh itu alasan yang pada pendapatnya adalah munasabah untuk menyangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa
keburukan keduniaan berhubungan dengan prosiding terhadapnya itu; atau
(ii) mengenai suatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas dia ditangkap, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa suatu amaran telah diberi kepadanya dengan perkataan berikut atau perkataan yang bermaksud demikian:
“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidaklah diwajibkan menyatakan sesuatu atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang kamu nyatakan, sama ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberi sebagai keterangan”; dan
(b) sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum sempat untuk memberi amaran kepadanya tidaklah boleh dijadikan tidak boleh terima sebagai keterangan semata-mata oleh kerana dia tidak diberi amaran jika ianya telah diberi amaran dengan seberapa segera yang boleh.
(2) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang yang dituduh dengan suatu kesalahan yang subseksyen (1) terpakai kepadanya adalah tidak terikat untuk menjawab apa-apa soalan berhubungan dengan kes itu setelah apa-apa amaran seperti yang tersebut di atas diberi kepadanya.
Read this section in the full act → · Open Part XIV →
Find Act 291 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 November 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).