Peruntukan pemansuhan dan kecualian
Akta Pendaftaran Paten United Kingdom 1951 [Akta 215], Ordinan Paten bagi Sarawak [Bab 61 Sarawak], Ordinan Pendaftaran Paten United Kingdom bagi Sabah [Bab 124 Sabah] dan Akta Paten (Hak-Hak Kerajaan) 1967 [Akta 53 tahun 1967] adalah dimansuhkan:
Dengan syarat bahawa:
(a) apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang yang dimansuhkan selagi perundangan subsidiari itu tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan seolaholah ianya telah dibuat di bawah Akta ini dan boleh dimansuhkan, diperluaskan, diubah atau dipinda dengan sewajarnya;
(b) apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah undang-undang yang dimansuhkan atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai
kesan seolah-olah ianya telah dibuat di bawah Akta ini melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya;
*(c) apa-apa perakuan atau pemberian yang dikeluarkan atau dibuat, berkenaan dengan sesuatu paten, di bawah undang-undang yang dimansuhkan dan yang berkuat kuasa sebelum sahaja mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa—
(i) selama paten yang asal berkuat kuasa di United Kingdom; atau
(ii) sehingga habis tempoh dua puluh tahun dari tarikh permohonan,
mengikut mana-mana yang lebih awal.
Peralihan
**90. (1) Jika suatu permohonan telah dibuat di bawah suatu Akta atau Ordinan yang dimansuhkan di bawah seksyen 89, Pendaftar boleh mengeluarkan suatu perakuan atau membuat suatu pemberian atas permohonan itu seolah-olah Akta atau Ordinan itu belum dimansuhkan, dan perakuan atau pemberian itu hendaklah terus berkuat kuasa—
(a) selama paten yang asal berkuat kuasa di United Kingdom; atau
(b) sehingga habis tempoh dua puluh tahun dari tarikh permohonan,
mengikut mana yang lebih awal.
* CATATAN—Perenggan 89(c) hendaklah disifatkan menjadi dan telah sentiasa menjadi suatu bahagian integral seksyen 89 dari tarikh mula berkuatkuasanya Akta ibu—lihat subseksyen 45(2) Akta Paten (Pindaan) 1993 [Akta A863]. ** CATATAN—Tiap-tiap pemberian yang dibuat di Sarawak sebelum mula berkuatkuasanya seksyen ini dan yang berupa sebagai telah dibuat di bawah subseksyen 90(1) atau 90(2) Akta ibu adalah dengan ini diisytiharkan telah dibuat mengikut undang-undang dan dengan sah walaupun tiada sebutan nyata tentang pembuatan pemberian itu—lihat Akta Paten (Pindaan) 1993 [Akta A863].
(2) Jika suatu paten telah diberikan di bawah Akta Paten 1977 United Kingdom tidak lebih awal daripada dua puluh empat bulan sebelum tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, pemunya paten itu boleh, dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, membuat permohonan bagi mendapatkan suatu perakuan atau pemberian dan Pendaftar boleh mengeluarkan suatu perakuan atau membuat suatu pemberian atas permohonan itu seolah-olah Akta atau Ordinan yang dimansuhkan di bawah seksyen 89 belum dimansuhkan, dan perakuan atau pemberian itu hendaklah terus berkuat kuasa—
(a) selama paten yang asal berkuat kuasa di United Kingdom; atau
(b) sehingga habis tempoh dua puluh tahun dari tarikh permohonan,
mengikut mana yang lebih awal.
(3) (Dipotong oleh Akta A863).
(4) Jika, sebelum Akta ini mula berkuat kuasa, suatu permohonan bagi mendapatkan paten telah dibuat di bawah Akta Paten 1977 United Kingdom atau suatu permohonan yang menamakan United Kingdom telah difailkan di Pejabat Paten Eropah, pemohon boleh, dalam tempoh dua belas bulan selepas Akta ini mula berkuat kuasa, membuat permohonan supaya ia diberikan paten di bawah Akta ini, dan permohonan itu hendaklah diberikan tarikh pemfailan dan tarikh prioriti sebagaimana yang telah diberikan kepadanya di United Kingdom.
* CATATAN—lihat seksyen 69 Akta Paten (Pindaan) 2022 [Akta A1649] m.b.p. 18 Mac 2022 yang memberikan peruntukan kecualian dan peralihan seperti yang berikut:
Peruntukan kecualian dan peralihan
69. (1) Apa-apa permohonan atau permintaan yang dibuat di bawah Akta ibu yang berhubungan dengan permohonan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, diuruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
(2) Apa-apa permohonan atau permintaan yang dibuat di bawah Akta ibu yang berhubungan dengan paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, diuruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
(3) Apa-apa tindakan yang berhubungan dengan permohonan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang diambil atau dimulakan di bawah Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
(4) Apa-apa tindakan yang berhubungan dengan paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang diambil atau dimulakan di bawah Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
(5) Apa-apa kelulusan, keputusan, arahan, notis atau laporan yang dibuat atau dikeluarkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
(6) Apa-apa penyiasatan, perbicaraan atau prosiding yang dimulakan di bawah Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, diteruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
(7) Walau apa pun subseksyen (1), (2), (3), (4), (5) dan (6)—
(a) perenggan 14(2)(b) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 5 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan paten yang disiarkan di bawah seksyen baharu 33 D sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 25 Akta ini;
(b) subseksyen 17B(4) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dan subseksyen baharu 17B(4A) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 6 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika laporan yang dibuat oleh Pemeriksa mengikut subseksyen 30(1) atau
(2) Akta ibu dikeluarkan pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini;
(c) seksyen 19 Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 8 Akta ini dan subseksyen 59(3) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 49 Akta ini hendaklah terpakai bagi permohonan paten atau paten, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika tempoh lima tahun yang dinyatakan dalam
kedua-dua seksyen 19 dan subseksyen 59(3) Akta ibu berhubung dengan permohonan paten atau paten itu belum habis tempoh pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini;
(d) subseksyen baharu 26B(1B) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 13 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika, pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini—
(i) bantahan dibangkitkan dalam laporan Pemeriksa yang dibuat di bawah subseksyen 30(1) atau (2) Akta ibu bagi ketidakpatuhan seksyen 26 Akta ibu; atau
(ii) laporan pertama Pemeriksa yang dibuat di bawah subseksyen 30(1) atau (2) Akta ibu dikeluarkan oleh Pendaftar;
(e) subseksyen 29A(6) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 17 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika, apa-apa permintaan bagi penangguhan dibuat pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini bagi pemfailan permintaan bagi pemeriksaan substantif atau pemeriksaan substantif yang diubahsuaikan;
(f) perenggan baharu 33D(1)(a) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 25 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika, pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, tempoh lapan belas bulan dari tarikh pemfailan atau tarikh prioriti, jika hak prioriti dituntut bagi permohonan itu, habis;
(g) perenggan baharu 33D(1)(b) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 25 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, tempoh lapan belas bulan dari tarikh pemfailan atau tarikh prioriti, jika hak prioriti dituntut bagi permohonan itu, belum habis;
(h) subseksyen 34(3) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 26 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah
Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika permintaan bagi pemeriksaan di bawah subseksyen 34(3) dibuat pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini;
(i) seksyen baharu 34A sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 27 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi permohonan untuk mendapatkan paten atau permohonan untuk mendapatkan perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan di bawah Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini dan disiarkan di bawah seksyen baharu 33D sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 25 Akta ini;
(j) subseksyen 35A(1) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 29 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang diberikan sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini jika notis tentang luputnya paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti itu disiarkan dalam Jurnal Rasmi pada atau selepas tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini;
(k) perenggan baharu 36(1)(d) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 30 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi mana-mana paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang masih berkuat kuasa;
(l) seksyen baharu 55A dan 56A sebagaimana yang dimasukkan masingmasing melalui seksyen 45 dan 47 Akta ini hendaklah terpakai bagi paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang diberikan pada tarikh mula berkuat kuasanya seksyen 45 dan 47 Akta ini;
(m) subseksyen baharu 79A(1A) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 57 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi apa-apa permintaan untuk meminda paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang difailkan sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini yang belum selesai di hadapan Pendaftar pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini;
(n) subseksyen baharu 82(2) sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 60 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi apa-apa perbuatan atau perkara yang perlu dilakukan di bawah Akta ibu dan tempoh yang ditetapkan bagi tindakan atau perkara itu dilakukan telah habis sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini;
(o) seksyen baharu 88A sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 68 Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi semua prosiding di hadapan mahkamah yang belum selesai pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini; dan
(p) apa-apa perkara yang dikehendaki untuk disiarkan dalam Warta di bawah peruntukan Akta ibu dan masih belum disiarkan sebelum tarikh mula
berkuat kuasanya Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, disiarkan dalam Jurnal Rasmi dan perkara itu hendaklah disifatkan telah disiarkan dalam Warta di bawah Akta ibu.
(8) Subseksyen 37(1) dan (3) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam perenggan 31(a) dan (c) Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, terpakai bagi apa-apa paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang masih berkuat kuasa pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini.
(9) Subseksyen 37(1A) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam perenggan 31(b) Akta ini hendaklah, pada tarikh mula berkuat kuasanya perenggan 31(b) Akta ini, terpakai bagi apa-apa paten atau perakuan bagi perbaharuan utiliti yang masih berkuat kuasa pada tarikh mula berkuat kuasanya perenggan 31(b) Akta ini.
(10) Pada tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, subseksyen 39(4) Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam seksyen 33 Akta ini tidak menjejaskan apa-apa transaksi kepentingan bercagar yang telah dibuat sebelum tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini.
(11) Apa-apa perkara yang disiarkan dalam Warta mengikut peruntukan Akta ibu sebelum tarikh mula berkuat kuasanya perenggan 2(a) Akta ini—
(a) hendaklah disifatkan telah disiarkan dalam Jurnal Rasmi dan seksyen baharu 86A sebagaimana yang dimasukkan melalui seksyen 64 Akta ini hendaklah terpakai dengan sewajarnya tanpa menjejaskan mana-mana undang-undang bertulis lain; dan
(b) hendaklah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya sehingga disiarkan selainnya dalam Jurnal Rasmi.