Military Manoeuvres Act 1983 s 10
s 10 Military Manoeuvres Compensation for damage
(1) Full compensation shall be made for any damage to persons or property or interference with rights or privileges arising from the putting into force of any of the provisions of this Act whether or not occasioned by the acts or defaults of the forces engaged in the military manoeuvres, including therein all expenses reasonably incurred in protection of person, property, rights and privileges, and any damage by reason of excessive weight or extraordinary traffic caused to any highway for the repair of which any public body or any individual is responsible.
(2) The compensation shall be paid to all persons who send in their claims to the Secretary General of the Ministry of Defence under subsection 5(2) within the period named in such notice or, if there is no such notice, within six months from the conclusion of the military manoeuvre.
(3) In addition to any compensation in respect of damage for which compensation may be awarded under subsection (2), compensation shall also be paid to the owners or occupiers or both of land within any firing ground for any loss or damage arising from the land owned or occupied by them being declared and used as a firing ground under this Act.
(4) The compensation shall, unless otherwise agreed, be in the form of an annual rent payable to every person entitled to such compensation so long as the land in respect of which it is paid continues to be a firing ground.
(5) The amount of the compensation shall be such as is agreed upon between the Secretary General of the Ministry of Defence and the claimant, and if the amount of compensation cannot be settled by agreement, the claims shall be forwarded to the Collector for the district, who shall after such inquiry as he deems fit, determine the amount of compensation due.
(6) Any claimant dissatisfied with the decision of the Collector may, not later than one month after the date of such decision, refer to arbitration in accordance with the provisions of the arbitration laws from time to time in force.
Laws of Malaysia ACT 295
Malay text (authoritative)
Pampasan bagi kerosakan
(1) Pampasan sepenuhnya handaklah dibayar bagi apa-apa kerosakan kepada orang atau harta atau gangguan kepada hak atau keistimewaan yang berbangkit dari penguatkuasaan mana-mana peruntukan Akta ini sama ada atau tidak disebabkan oleh perbuatan atau kemungkiran angkatan yang mengambil bahagian dalam manuver tentera itu, termasuk juga dalam pampasan itu semua perbelanjaan yang dilakukan secara berpatutan bagi melindungi orang, harta, hak dan keistimewaan, dan apa-apa kerosakan yang disebabkan oleh berat yang berlebihan atau trafik luar biasa ke atas mana-mana lebuh raya bagi membaikinya, suatu badan awam atau orang perseorangan adalah bertanggungjawab.
(2) Pampasan hendaklah dibayar kepada semua orang yang menghantar tuntutan mereka kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan di bawah subseksyen 5(2) dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau, jika tiada notis tersebut, dalam tempoh enam bulan dari tarikh tamatnya manuver tentera itu.
(3) Sebagai tambahan kepada apa-apa pampasan dengan kerosakan yang boleh diawardkan pampasan di bawah subseksyen
(2), pampasan hendaklah juga dibayar kepada pemunya atau penduduk tanah atau kedua-duanya mengenai tanah dalam sesuatu kawasan tembak ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang berbangkit dari tanah yang dipunyai atau diduduki oleh mereka yang diisytiharkan dan digunakan sebagai kawasan tembak di bawah Akta ini.
Manuver Tentera
(4) Pampasan itu hendaklah, melainkan jika dipersetujui selainnya, dibayar sebagai sewa tahunan yang kena dibayar kepada setiap orang yang berhak mendapat pampasan itu selagi tanah yang dibayar pampasan itu terus menjadi kawasan tembak.
(5) Amaun pampasan adalah sebagaimana yang dipersetujui antara ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan pihak menuntut, dan jika amaun pampasan tidak dapat diputuskan melalui perjanjian, tuntutan itu hendaklah dikemukakan kepada Pemungut bagi daerah itu dan Pemungut hendaklah selepas menjalankan apa-apa siasatan yang difikirkannya patut, menetapkan amaun pampasan yang kena dibayar.
(6) Mana-mana pihak menuntut yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pemungut boleh, tidak lewat daripada satu bulan selepas tarikh keputusan itu, merujukkan perkara itu kepada timbang tara mengikut peruntukan undang-undang timbang tara yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
Read this section in the full act β
Find Act 295 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).