My bookmarksSign up free
← Public Order (Preservation) Act 1958

Public Order (Preservation) Act 1958 s 15

Public Order (Preservation) Act 1958 s 15

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 15 Kuasa penggeledahan dan pemeriksaan

(1) Dalam mana-mana kawasan diproklamasi, mana-mana pegawai polis boleh, tanpa waran dan dengan atau tanpa bantuan– (a) menahan dan memeriksa mana-mana orang atau kenderaan yang didapati di mana-mana jalan atau tempat awam; dan (b) jika pegawai polis itu berpangkat Sarjan atau lebih tinggi– (i) menahan dan memeriksa mana-mana orang atau kenderaan, sama ada di suatu tempat awam atau tidak; (ii) memasuki dan menggeledah mana-mana premis; (iii) menaiki dan menggeledah mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara yang bukannya, atau mempunyai taraf, suatu vesel, kenderaan atau pesawat udara angkatan laut, tentera atau udara; untuk menentukan sama ada orang, kenderaan, vesel atau pesawat udara itu ada membawa, atau premis itu mengandungi, apa-apa senjata berbahaya atau dokumen subversif atau apa-apa artikel atau bahan atau pengumpulannya yang boleh digunakan untuk menyebabkan kecederaan kepada orang atau kerosakan kepada harta, atau jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa keterangan mengenai perlakuan sesuatu kesalahan mungkin akan didapati pada orang atau di atas premis itu atau di dalam mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara tersebut dan boleh menyita mana-mana senjata, dokumen, artikel atau bahan tersebut jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa ia dimaksudkan untuk atau mungkin akan digunakan sedemikian dan apa-apa keterangan yang didapati itu dan mana-mana vesel, kenderaan atau pesawat udara dalam mana-mana senjata, dokumen, artikel, bahan atau keterangan itu didapati: Dengan syarat sentiasanya bahawa mana-mana pegawai polis boleh menjalankan kuasa yang diberi oleh perenggan (b) kepada seorang pegawai polis yang berpangkat Sarjan atau lebih tinggi jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelambatan yang akan disebabkan dengan merujukkan perkara itu kepada seorang pegawai yang berpangkat Sarjan atau lebih tinggi, apa-apa keterangan yang boleh disita di bawah perenggan itu mungkin akan dipindahkan daripada orang, premis, vesel, kenderaan atau pesawat udara di mana keterangan itu dipercayai berada. (2) Tiada perempuan boleh diperiksa di bawah seksyen ini kecuali oleh seorang perempuan.

Read this section in the full act →

Find Act 296 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next