My bookmarksSign up free
← Public Order (Preservation) Act 1958

Public Order (Preservation) Act 1958 s 17

Public Order (Preservation) Act 1958 s 17

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

s 17

(1) A police officer may without warrant arrest any person suspected of the commission of an offence against this Act or of the commission in a proclaimed area of any of the offences referred to in section 28. (2) A police officer may in a proclaimed area without warrant arrest any person in respect of whom he has reason to believe that he is a person to whom subsection 13(1) apply and any person so arrested may be detained for a period not exceeding twenty-four hours, pending a decision as to whether an order under that subsection should be made. (3) A police officer may in a proclaimed area arrest any person ordered to be excluded from the area under section 13 and may detain the person for a period not exceeding twenty-four hours for the purpose of removing him from the area. (4) Any person detained under the powers conferred by this Act shall be deemed to be in lawful custody and may be detained in any prison or in any police station or in any other similar place authorized generally or specially by the Chief Police Officer. (5) Every offence against this Act or punishable under section 28 and every offence committed in a proclaimed area against the provisions of any written law for the time being specified in the Second Schedule, shall be seizable and non-bailable for the purposes of the Criminal Procedure Code. Use of lethal weapons in effecting arrests

Malay text (authoritative)

Penangkapan dan penahanan

(1) Seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang disyaki melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau melakukan dalam suatu kawasan diproklamasi mana-mana kesalahan yang disebut dalam seksyen 28. (2) Seseorang pegawai polis boleh dalam suatu kawasan diproklamasi menangkap tanpa waran mana-mana orang yang berkenaan dengannya dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia adalah orang yang baginya subseksyen 13(1) terpakai dan mana-mana orang yang ditangkap demikian boleh ditahan selama tempoh tidak melebihi dua puluh empat jam, sementara menanti keputusan sama ada suatu perintah di bawah subseksyen itu patut dibuat. (3) Seseorang pegawai polis boleh dalam suatu kawasan diproklamasi menangkap mana-mana orang yang diperintahkan supaya disingkirkan dari kawasan itu di bawah seksyen 13 dan boleh menahan orang itu selama tempoh tidak melebihi dua puluh empat jam bagi maksud mengeluarkannya dari kawasan itu. (4) Mana-mana orang yang ditahan di bawah kuasa yang diberi oleh Akta ini hendaklah disifatkan berada dalam jagaan sah dan boleh ditahan di mana-mana penjara atau di mana-mana balai polis atau di mana-mana tempat lain yang serupa yang dibenarkan secara am atau secara khas oleh Ketua Pegawai Polis. (5) Tiap-tiap kesalahan di bawah Akta ini atau yang boleh dihukum di bawah seksyen 28 dan tiap-tiap kesalahan yang dilakukan dalam kawasan diproklamasi terhadap mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu dinyatakan dalam Jadual Kedua, adalah kesalahan boleh tangkap dan tidak boleh dijamin bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah.

Read this section in the full act →

Find Act 296 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next