My bookmarksSign up free
← Public Order (Preservation) Act 1958

Public Order (Preservation) Act 1958 s 2

Public Order (Preservation) Act 1958 s 2

Text recovered by OCR from a scanned copy — section numbers and wording may be wrong. Check the official PDF on lom.agc.gov.my before citing.

s 2

In this Act, except in so far as the context otherwise requires or it is otherwise expressly provided- "Chief Police Officer" includes a Commissioner of Police vested with the control of the Royal Malaysian Police in respect of any area or State and any senior police officer for the time being lawfully authorized to exercise the powers and perform the duties conferred or imposed upon a Chief Police Officer by this Act; "corrosive substance" means any of the acids and substances specified in the First Schedule and shall be deemed to include all substances which are capable on application to the human body of causing hurt through corrosive action; "document" includes any substance on which is recorded any matter, whether by letters, figures, marks, pictorial or other representation, or by more than one of these means; "explosive substance" shall be deemed to include any materials for making any explosive substance and any bomb, grenade, apparatus, machine, implement or material used or intended to be used or adapted for causing or aiding in causing any explosion in or with any explosive substance and any part of the bomb, grenade, apparatus, machine or implement; "hurt" means hurt as defined in the Penal Code [Act 574]; "offensive weapon" includes any instrument which if used as a weapon of offence is likely to cause hurt; "Peninsular Malaysia" has the meaning assigned thereto in section 3 of the Interpretation Acts 1948 and 1967 [Act 388], and includes the Federal Territory. "police officer" includes a volunteer reserve police officer and auxiliary police officer appointed in accordance with any written law for the time being in force; "proclaimed area" means an area in respect of which a proclamation made or renewed under section 3 is for the time being in force; "subversive document" means any document which contains— (a) any matter which is seditious within the meaning of the Sedition Act 1948 [Act 15]; (b) any matter likely to be prejudicial to the maintenance or restoration of public order; (c) any matter counselling or likely to lead to disobedience to the law of Malaysia or to any lawful order therein; (d) any matter inciting or likely to lead to unlawful violence or the promotion of feeling of ill-will or hostility between different races or classes of the population in Malaysia; (e) any matter likely to bring into hatred or contempt or to excite disaffection against any public servant in the execution of his duties or any class of public servants or against any armed force lawfully in Malaysia or any member of any such force in the execution of his duties;

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, kecuali setakat yang konteksnya menghendaki makna yang lain atau diperuntukkan dengan nyata selainnya– ―bahan kakisan‖ ertinya mana-mana asid dan bahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan hendaklah disifatkan termasuk segala bahan yang apabila dikenakan pada tubuh manusia boleh menyebabkan kecederaan melalui tindakan kakisan; ―bahan letupan‖ hendaklah disifatkan termasuk apa-apa benda bagi membuat apa-apa bahan letupan dan apa-apa bom, bom tangan, radas, jentera, alat atau benda yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan atau disesuaikan bagi menyebabkan atau membantu menyebabkan sesuatu letupan dalam atau dengan sesuatu bahan letupan dan mana-mana bahagian bom, bom tangan, perkakas, jentera atau alat itu; ―cedera‖ ertinya cedera sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574]; ―dokumen‖ termasuklah apa-apa bahan yang padanya direkodkan apa-apa perkara, sama ada dengan huruf, angka, tanda, rupaan gambar atau rupaan lain, atau dengan lebih dari satu daripada caracara ini; ―dokumen subversif‖ ertinya apa-apa dokumen yang mengandungi– (a) apa-apa perkara yang menghasut dalam erti Akta Hasutan 1948[Akta 15]; (b) apa-apa perkara yang mungkin memudaratkan penyenggaraan atau pemulihan ketenteraman awam; (c) apa-apa perkara yang menasihatkan atau mungkin menyebabkan keingkaran, kepada undang-undang Malaysia atau apa-apa perintah yang sah di dalamnya; (d) apa-apa perkara yang mengapikan atau mungkin menyebabkan keganasan yang menyalahi undang-undang atau menggalakkan perasaan niat jahat atau permusuhan di antara ras atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau (e) apa-apa perkara yang mungkin mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan ketidaksetiaan terhadap mana-mana pekhidmat awam dalam pelaksanaan tugasnya atau mana-mana golongan pekhidmat awam atau terhadap mana-mana angkatan bersenjata yang berada dengan sah di Malaysia atau mana-mana anggota mana-mana angkatan itu dalam pelaksanaan tugasnya; ―kawasan diproklamasi‖ ertinya suatu kawasan yang berkenaan dengannya suatu proklamasi yang dibuat atau diperbaharui di bawah seksyen 3 sedang berkuat kuasa; ―Ketua Pegawai Polis‖ termasuklah Pesuruhjaya Polis yang diberi kuasa pengawalan bagi Polis Diraja Malaysia berkenaan dengan mana-mana kawasan atau Negeri dan mana-mana pegawai kanan polis yang pada masa itu diberi kuasa dengan sah untuk menjalankan kuasa dan melaksanakan tugas yang diberi kepada atau dipertanggungkan ke atas Ketua Polis oleh Akta ini; Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) ―Semenanjung Malaysia‖ mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan termasuklah Wilayah Persekutuan; ―pegawai polis‖ termasuklah seorang pegawai polis simpanan sukarela dan pegawai polis tambahan yang dilantik mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa; ―senjata berbahaya‖ termasuklah apa-apa alat yang jika digunakan sebagai senjata berbahaya mungkin akan menyebabkan kecederaan.

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 296 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next