Births and Deaths Registration Act 1957 s 17
s 17 Re-registration of births of legitimated persons
(1) Where, in the case of any person whose birth has been registered in Malaysia, evidence is produced to the Registrar- General which appears to him to be satisfactory that such person has become a legitimated person within the meaning of the Legitimacy Act 1961 [Act 60] the Registrar-General may authorize at any time the re-registration of that personβs birth, and the
re-registration shall be effected in such manner and at such place as may be prescribed:
Provided that, except whereβ
(a) the name of a person acknowledging himself to be the father of the legitimated person has been entered in the register in pursuance of section 13 of this Act; or
(b) the paternity of the legitimated person has been established by a maintenance order made under the Married Women and Children (Maintenance) Act 1950 [Act 263], or otherwise by a decree of a Court of competent jurisdiction,
the Registrar-General shall not authorize re-registration unless information with a view to obtaining the same is furnished by both parents.
(2) Where the Registrar-General believes any person to have become a legitimated person within the meaning of the Legitimacy Act 1961 on the marriage of his parents, and the parents or either of them fail to furnish within a period of three months from the date of the marriage such information, if any, as may be necessary to enable the Registrar-General to authorize the re-registration of that personβs birth, the Registrar-General may at any time after the expiration of the said period by notice under his hand require the parents or either of them to give him such information concerning the matter as he may consider necessary, verified in such manner as he may direct, and for that purpose to attend personally either at a Registrarβs office or at any other place appointed by him within such time, not being less than seven days after the receipt of the notice, as may be specified therein.
(3) No fee for re-registration under this section shall be charged if the necessary information for the purpose is furnished before the expiration of the said period of three months; but in any other case there shall be charged in respect of the re-registration such fees as may be prescribed.
(4) This section shall apply with such modifications as may be prescribed in relation to births at sea or on board an aircraft.
Malay text (authoritative)
Pendaftaran semula kelahiran orang yang disahtarafkan
(1) Jika, dalam hal mana-mana orang yang kelahirannya telah didaftarkan di Malaysia, keterangan dikemukakan kepada Pendaftar Besar yang pada pendapatnya memuaskan bahawa orang itu telah disahtarafkan dalam erti Akta Kesahtarafan 1961 [Akta 60] maka Pendaftar Besar boleh membenarkan pada bila-bila masa pendaftaran semula kelahiran orang itu, dan pendaftaran semula hendaklah dilaksanakan dengan cara sedemikian dan di tempat yang sebagaimana yang boleh ditetapkan:
Dengan syarat bahawa, kecuali jikaβ
(a) nama orang yang mengaku dirinya sebagai bapa kepada orang yang disahtarafkan itu telah dicatatkan di dalam daftar menurut seksyen 13 Akta ini; atau
(b) kebapaan orang yang disahtarafkan itu telah ditetapkan oleh perintah penyenggaraan yang dibuat di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah) 1950 [Akta 263], atau selainnya dengan dekri oleh Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten, maka Pendaftar Besar hendaklah tidak membenarkan pendaftaran semula melainkan jika maklumat mengenai tujuan untuk mendapatkan yang sama telah disediakan oleh kedua-dua ibu bapa.
(2) Jika Pendaftar Besar mempercayai mana-mana orang yang akan menjadi orang yang disahtarafkan dalam erti Akta Kesahtarafan 1961 dengan perkahwinan ibu bapanya, dan ibu bapa atau salah seorang daripada mereka gagal untuk memberikan maklumat sedemikian, jika ada, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh perkahwinan itu sebagaimana yang perlu untuk membolehkan Pendaftar Besar untuk membenarkan pendaftaran kelahiran orang itu, maka Pendaftar Besar boleh pada bila-bila masa selepas habis tempoh tersebut dengan notis yang ditandatanganinya menghendaki ibu bapa atau salah seorang dari mereka untuk memberinya maklumat sedemikian yang berkenaan dengan perkara sebagaimana difikirkannya perlu, menentusahkan dengan cara sebagaimana yang diarahkannya, dan bagi maksud itu untuk hadir sendiri sama ada di Pejabat Pendaftar atau di mana-mana tempat lain yang ditentukannya dalam tempoh masa tidak kurang dari tujuh hari selepas penerimaan notis itu, sebagaimana yang ditetapkan di dalamnya.
(3) Tiada fi bagi pendaftaran semula di bawah seksyen ini boleh dicajkan jika maklumat sebagaimana yang perlu bagi maksud itu diberikan sebelum habis tempoh tiga bulan tersebut; tetapi dalam sesuatu hal lain, hendaklah dicajkan berkenaan dengan pendaftaran semula fi itu sebagaimana ditetapkan.
(4) Seksyen ini hendaklah dipakai dengan ubah suaian sebagaimana yang boleh ditetapkan berkaitan dengan kelahiran di laut atau dalam pesawat udara.
Read this section in the full act β Β· Open Part II β
Find Act 299 on lom.agc.gov.my β
Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).