My bookmarksSign up free
← Births and Deaths Registration Act 1957

Births and Deaths Registration Act 1957 s 19

Births and Deaths Registration Act 1957 s 19

s 19 Informing concerning death

(1) The following persons shall be qualified to give information concerning a death, that is to say— (a) any relative of the deceased person present at the death or in attendance during his last illness; (b) any other relative of the deceased residing or being in the registration area where the death occurred; (c) any person present at the death; (d) the occupier of the house if he knew of the happening of the death; (e) any inmate of the house who knew of the happening of the death; (f) any person finding or taking charge of the body; and (g) the person causing the disposal of the body. (2) It shall be the duty— (a) of the relative such as is mentioned in paragraph (1)(a) of this section; and (b) if there is no such relative, of each such relative as is mentioned in paragraph (1)(b) of this section; and (c) if there are no such relatives, of each such person as is mentioned in paragraph (1)(c) or (d) of this section; and (d) if there are no such relatives or persons as aforesaid, of each such person as is mentioned in paragraph (1)(e), (f) or (g) of this section, to give to the Registrar, before the expiration of seven days from the time of the death, information to the best of his knowledge and belief of the particulars required to be registered concerning the death, and in the presence of the Registrar to sign the register: Provided that— (i) the giving of information and the signing of the register by any one qualified informant shall act as a discharge of any duty under this subsection of every other qualified informant; and (ii) this subsection shall not have effect if an inquest or inquiry of death is held on the body or touching the death of the deceased person.

Malay text (authoritative)

Maklumat mengenai kematian

(1) Orang yang berikut adalah layak untuk memberi maklumat berkenaan dengan kematian, iaitu– (a) mana-mana saudara si mati yang ada pada masa kematian itu atau merawati semasa sakitnya yang terakhir; (b) mana-mana saudara lain si mati yang bermastautin atau berada dalam kawasan pendaftaran di mana kematian itu berlaku; (c) mana-mana orang yang ada pada masa kematian; (d) penduduk rumah itu jika dia mengetahui tentang kejadian kematian itu; (e) mana-mana orang yang tinggal di rumah itu yang mengetahui tentang kejadian kematian itu; (f) mana-mana orang yang menjumpai atau yang menjaga mayat itu; dan (g) orang yang menyebabkan pengurusan mayat itu. (2) Maka hendaklah menjadi kewajipan– (a) saudara sebagaimana disebut dalam perenggan (1)(a) seksyen ini; dan (b) jika tiada saudara sedemikian, maka tiap-tiap saudara sebagaimana disebut dalam perenggan (1)(b) seksyen ini; dan (c) jika tiada saudara sedemikian, maka tiap-tiap orang sedemikian sebagaimana disebut dalam perenggan (1)(c) atau (d) seksyen ini; dan (d) jika tiada saudara atau orang yang sedemikian sebagaimana disebut di atas, maka tiap-tiap orang sedemikian sebagaimana disebut dalam perenggan (1)(e), (f) atau (g) seksyen ini, untuk memberi kepada Pendaftar, sebelum habis tempoh dua belas jam (tidak termasuk masa yang perlu bagi perjalanan dan apa-apa masa-masa kegelapan yang berjeda) dari masa kematian itu, maklumat sepanjang pengetahuannya dan kepercayaannya mengenai butir-butir yang dikehendaki untuk didaftarkan berkenaan dengan kematian itu, dan di hadapan Pendaftar untuk menandatangani daftar itu: Dengan syarat bahawa– (i) pemberian maklumat itu dan penandatanganan daftar oleh salah seorang daripada pemberitahu yang layak hendaklah merupakan sebagai perlepasan apa-apa tugas di bawah subseksyen ini mengenai tiap-tiap pemberitahu yang lain; dan (ii) subseksyen ini hendaklah tidak mempunyai kuat kuasa jika inkues atau siasatan kematian diadakan terhadap mayat atau mengenai kematian orang yang mati itu.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 299 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next