Births and Deaths Registration Act 1957 s 28
s 28 Duty of Superintendent-Registrar and Registrar to procure registration
(1) Notwithstanding any omission to report or to furnish information as to any birth, stillbirth or death within the time required by the preceding provisions of this Act, it shall be the duty of the Superintendent-Registrar and the Registrar to procure by all means in their power the best and most accurate information respecting any birth, stillbirth or death which may have occurred within their registration areas and to cause particulars of the same to be recorded (so far as is practicable) in the manner prescribed.
(2) It shall be the duty of every police officer, penghulu and headman to obtain information of every birth, stillbirth and death within his respective area and also information respecting the lawful father and the mother of every child born in his area and respecting the occupier of any house in his area in which any birth, stillbirth or death may have taken place and to give notice thereof to the Registrar.
(3) Any police officer, penghulu or headman who has in his possession any such information and wilfully neglects or omits to disclose the same to the Registrar shall be guilty of an offence and be liable on conviction to a fine not exceeding fifty ringgit.
Malay text (authoritative)
Tugas Penguasa Pendaftar dan Pendaftar untuk mendapat pendaftaran
(1) Walau pun terdapat apa-apa ketinggalan untuk melaporkan atau mengemukakan maklumat mengenai mana-mana kelahiran, kelahiran mati atau kematian dalam tempoh masa yang dikehendaki oleh peruntukan terdahulu Akta ini, maka hendaklah menjadi tugas Penguasa Pendaftar dan Pendaftar untuk mendapatkan dengan segala cara yang ada dalam kuasa mereka, maklumat yang paling baik dan tepat mengenai mana-mana kelahiran, kelahiran mati, atau kematian
yang mungkin berlaku dalam kawasan pendaftaran mereka dan untuk menyebabkan butir-butir yang bersamaan direkodkan (setakat mana yang praktik) dalam cara yang ditetapkan.
(2) Maka hendaklah menjadi tugas tiap-tiap pegawai polis, penghulu dan ketua kampung untuk mendapat maklumat mengenai tiap-tiap kelahiran, kelahiran mati dan kematian dalam kawasan masing-masing dan juga maklumat mengenai ibu dan bapa yang sah bagi tiap-tiap kanak-kanak yang dilahirkan dalam kawasannya dan mengenai penduduk mana-mana rumah dalam kawasannya di mana sesuatu kelahiran, kelahiran mati atau kematian mungkin telah berlaku dan untuk memberi notis mengenainya kepada Pendaftar.
(3) Mana-mana pegawai polis, penghulu atau ketua kampung yang mempunyai dalam miliknya apa-apa maklumat tersebut dan dengan sengaja mengaibkan atau gagal untuk memberitahunya kepada Pendaftar adalah bersalah melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ringgit.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 299 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).