Births and Deaths Registration Act 1957 s 36
s 36 Penalty for false information, false entry, or destruction of entry
(1) Any person who—
(a) wilfully makes or permits to be made for the purposes of registration any false statement;
(b) wilfully or knowingly furnishes or permits to be furnished any false information, touching any of the particulars required by the Act to be made known;
(c) makes or permits to be made any false entry in any register, knowing the same to be false;
(d) wilfully destroys or permits to be destroyed any entry in any register;
(e) wilfully issues any Certificate of Birth or Certificate of Death containing false particulars;
(f) without lawful authority makes any mark on or entry upon, or erases, cancels, tampers or alters any mark or entry contained in any register;
(g) knowingly and wilfully registers or causes the registration of a birth or a death in respect of one person to be effected more than once;
(h) makes use of a Certificate of Birth or a Certificate of Death knowing or believing that it contains any false particulars;
(i) knowingly possesses or makes use of a Certificate of Birth or a Certificate of Death purporting the same to be his own or of any person other than the rightful owner’s;
(j) forges a Certificate of Birth, Certificate of Death or Certificate of Presumed Death;
(k) hands over any Certificate of Birth, Certificate of Death or Certificate of Presumed Death to any person knowing or believing it will be used for unlawful purposes;
(l) without lawful authority or reasonable excuse willfully retains any Certificate of Birth or Certificate of Death from the rightful owner;
(m) aids or abets the commission of any offence against this Act; or
(n) knowingly possesses or makes use of a fake Certificate of Birth, Certificate of Death or Certificate of Presumed Death,
shall be liable to a fine not exceeding twenty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
(2) Every offence under paragraph (1)(a), (b), (c), (h), (i), (j), (k),
(m) or (n) shall be a seizable offence for the purpose of the law relating to criminal procedure.
Malay text (authoritative)
Penalti bagi maklumat palsu, catatan palsu, atau kerosakan catatan
Mana-mana orang yang–
(a) dengan sengaja membuat atau membenarkan untuk dibuat bagi maksud pendaftar apa-apa pernyataan palsu;
(b) dengan sengaja atau dengan disedari mengemukakan atau membenarkan untuk dikemukakan apa-apa maklumat palsu, yang menyentuh apa-apa butir yang dikehendaki oleh Akta untuk dimaklumkan;
(c) membuat atau membenarkan untuk dibuat apa-apa catatan palsu dalam mana-mana daftar, dengan pengetahuan bahawa yang sama adalah palsu;
(d) dengan sengaja merosakkan atau membenarkan untuk dirosakkan apa-apa catatan dalam mana-mana daftar;
(e) dengan sengaja mengeluarkan mana-mana Perakuan Kelahiran atau Perakuan Kematian yang mengandungi butir-butir palsu;
(f) tanpa kuasa yang sah membuat apa-apa tanda di atas catatan atau dengan mencatat, memadam, membatalkan,
mengusik atau mengubah apa-apa catatan yang terkandung dalam mana-mana daftar;
(g) dengan disedari dan dengan sengaja mendaftar atau menyebabkan pendaftaran sesuatu kematian atau kelahiran berkenaan dengan seseorang dibuat lebih daripada sekali;
(h) menggunakan Perakuan Kelahiran atau Perakuan Kematian dengan menyedari atau mempercayai bahawa ia mengandungi apa-apa butir palsu;
(i) dengan disedari memiliki atau menggunakan Perakuan Kelahiran atau Perakuan Kematian dengan mendakwa bahawa yang sama adalah kepunyaannya atau kepunyaan seseorang lain selain pemunya sebenarnya;
(j) memalsukan Perakuan Kelahiran atau Perakuan Kematian;
(k) menyerahkan mana-mana Perakuan Kelahiran atau Perakuan Kematian kepada mana-mana orang dengan menyedari atau mempercayai bahawa ianya akan digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang;
(l) tanpa kuasa yang sah atau alasan yang munasabah dengan sengaja menahan mana-mana Perakuan Kelahiran atau Perakuan Kematian daripada pemunya sebenarnya; atau
(m) membantu atau bersubahat melakukan mana-mana kesalahan terhadap Akta ini;
boleh didenda sebanyak dua ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh dua belas bulan atau kedua-duanya.
Read this section in the full act → · Open Part IV →
Find Act 299 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 March 2018 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).