s 35
(1) Majlis hendak-lah, tidak kurang daripada empat bulan sa-belum akhir tahun kewangan, meluluskan anggaran hasil dan perbelanjaan yang lengkap bagı Universiti bagi tahun kewangan yang berikutan dan mengemukakan anggaran itu, bersama dengan ulasan? Mailis mengenaï- nya, kapada Menteri. (2) Sa-belum tarikh yang di-tetapkan bagi meshuarat Majlis bagi anggaran itu, Tetap Kewangan hendak-lah menyediakan deraf anggaran untok di-kemukakan kapada Majlis, dan satu salinan anggaran itu hendak-lah di-serahkan kapada tiapż sa-orang ahli Majlis tidak kurang daripada tujoh hari sa-belum tarikh yang di-tetapkan bagi meshuarat itu. (3) Tertaklok kapada peruntokan sekshen-kechil (1), Majlis boleh, menurut budibichara-nya, meluluskan mengubahsuai atau menolak kesemua atau mana? butiran yang terdapat dalam deraf anggaran itu atau merujok kembali mana? butiran itu kapada Jawatankuasa Tetap Kewangan untok pertimbangan-nya atau menambah apa2 butiran dalan deraf anggaran itu.