My bookmarksSign up free
← Petroleum (Safety Measures) Act 1984

Petroleum (Safety Measures) Act 1984 s 23

Petroleum (Safety Measures) Act 1984 s 23

s 23 Inquiry into accidents involving petroleum

(1) Upon receipt of a notice under subsection 22(1), or where such a notice is required to be sent or caused to be sent but not done, the Minister may by order direct any person to hold an inquiry into the cause of the accident, without prejudice however to the power of the Minister to make a similar order in respect of any other accident involving petroleum, if he considers it fit to do so. (2) The Minister may, by the same order referred to in subsection (1) or by any subsequent order, appoint any person or persons possessing legal or special knowledge to assist the person so appointed under subsection (1) to hold the inquiry. (3) Any person conducting an inquiry under this section may if he deems it fit to do so, open the inquiry or any part of the inquiry to the public and shall conduct the inquiry in such manner and under such conditions as he considers most effective for ascertaining the cause and circumstances of the accident and to enable him to make a report to the Minister. (4) When acting pursuant to subsection (3), such person may— (a) summon any person to appear before him at a hearing to give evidence and to produce such documents (if any) as are referred to in the summons; and (b) at such hearing referred to in paragraph (a) take evidence on oath or affirmation and for that purpose he may— (i) require a person appearing at the hearing to give evidence, either to take an oath or make an affirmation; and (ii) administer an oath or affirmation to a person so appearing. (5) Where the person holding the inquiry is satisfied that— (a) a person served with a summons to appear as a witness at a hearing pursuant to paragraph (4)(a), without reasonable cause, failed to attend as required; or (b) a person appearing as a witness at a hearing before him has, without reasonable excuse— (i) when required pursuant to paragraph (4)(b) either to take an oath or make an affirmation; (ii) when required by him at the hearing to answer a question; or (iii) when required to produce a document by a summons under this Act served on him as prescribed, refused or failed to comply with the requirements, he may, by instrument in writing, certify the failure to attend or the refusal or failure to comply with the requirements, as the case may be, to the High Court. (6) Where a certificate is given under subsection (5), the High Court may inquire into the case and, if it is satisfied that the person to whom the certificate relates has, without reasonable excuse, failed to attend or refused or failed to comply with a requirement as mentioned in the certificate— (a) may order the person to attend or to comply with the requirement at a hearing before the person holding such inquiry to be held at a time and place specified in the order; or (b) may punish the person in the same manner as if he had been guilty of contempt of that Court, and if it thinks fit, also make an order under paragraph (a).

Malay text (authoritative)

Menyiasat kemalangan yang melibatkan petroleum

(1) Setelah menerima suatu notis di bawah subseksyen 22(1), atau sekiranya suatu notis dikehendaki dihantar atau disebabkan dihantar tetapi tidak dibuat, Menteri boleh melalui perintah mengarahkan mana-mana orang supaya mengadakan suatu siasatan ke atas sebab-sebab berlakunya kemalangan itu, bagaimana pun tanpa menyentuh kuasa Menteri untuk membuat suatu perintah yang seumpama itu berkenaan dengan apa-apa kemalangan lain yang melibati petroleum, jika difikirkannya patut berbuat demikian. (2) Menteri boleh, melalui perintah yang sama itu seperti yang disebut dalam subseksyen (1) atau melalui mana-mana perintah yang berikutnya, melantik mana-mana orang atau orang yang mempunyai pengetahuan undang-undang atau pengetahuan khas untuk membantu orang yang dilantik sedemikian di bawah subseksyen (1) supaya mengadakan siasatan. (3) Mana-mana orang yang menjalankan suatu siasatan di bawah seksyen ini boleh, jika difikirkannya patut berbuat demikian, membuka siasatan itu atau mana-mana bahagian daripada siasatan itu kepada orang ramai dan hendaklah menjalankan siasatan itu mengikut apa-apa cara dan dalam apa-apa keadaan sebagaimana yang difikirkannya paling berkesan bagi menentukan sebab dan hal keadaan kemalangan itu, dan bagi membolehkannya membuat laporan kepada Menteri. (4) Apabila bertindak menurut subseksyen (3), orang itu boleh— (a) menyaman mana-mana orang untuk hadir di hadapannya di sesuatu pendengaran untuk memberi keterangan dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen (jika ada) sebagaimana disebut dalam saman itu; dan (b) di pendengaran yang disebut dalam perenggan (a) memberi keterangan atas sumpah atau pengakuan dan bagi maksud itu, dia boleh— (i) menghendaki seseorang yang hadir di pendengaran itu memberi keterangan, sama ada dengan mengangkat sumpah atau membuat pengakuan; dan (ii) mengendalikan sumpah atau pengakuan kepada seseorang yang hadir sedemikian itu. (5) Jika orang yang mengadakan siasatan itu berpuas hati bahawa− (a) orang yang disampaikan kepadanya saman supaya hadir sebagai saksi di sesuatu pendengaran menurut perenggan (4)(a), tanpa alasan yang munasabah, tidak hadir sebagaimana dikehendaki; atau (b) orang yang hadir sebagai saksi di pendengaran di hadapannya telah, tanpa alasan yang munasabah— (i) apabila dikehendaki menurut perenggan (4)(b) sama ada untuk mengangkat sumpah atau membuat pengakuan; (ii) apabila dikehendaki olehnya menjawab sesuatu soalan di pendengaran itu; atau (iii) apabila dikehendaki mengemukakan sesuatu dokumen oleh suatu saman di bawah Akta ini yang disampaikan kepadanya seperti ditetapkan, enggan atau tidak mematuhi kehendak itu, dia boleh, melalui surat cara secara bertulis, memperakukan ketidakhadiran atau keengganan atau tidak mematuhi kehendak itu, mengikut mana yang berkenaan, kepada Mahkamah Tinggi. (6) Apabila suatu perakuan diberi di bawah subseksyen (5), Mahkamah Tinggi boleh menyiasat kes itu dan, jika ia berpuas hati bahawa orang yang dimaksudkan oleh perakuan itu, tanpa alasan yang munasabah, tidak hadir atau enggan mematuhi kehendak sebagaimana dinyatakan dalam perakuan itu— (a) boleh memerintahkan orang itu supaya hadir atau supaya mematuhi kehendak itu di suatu pendengaran di hadapan orang yang mengadakan siasatan itu pada masa dan tempat yang dinyatakan dalam perintah itu; atau (b) boleh menghukum orang itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia bersalah menghina Mahkamah itu, dan jika difikirkannya patut, boleh juga membuat suatu perintah di bawah perenggan (a).

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 302 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next