My bookmarksSign up free
← Petroleum (Safety Measures) Act 1984

Petroleum (Safety Measures) Act 1984 s 28

Petroleum (Safety Measures) Act 1984 s 28

s 28 Approved equipment, etc., and verification

(1) (a) Notwithstanding any provision of this Act, but subject to section 32, the Minister may by publication in the Gazette declare that any equipment, gadgets, materials, plants, appliances, buildings, structures and installations or any part thereof used or intended to be used in connection with the storage, handling, transportation and utilization of petroleum shall not be used or sold or offered for sale unless such equipment, gadgets, materials, plants, appliances, buildings, structures and installations or any part thereof is of an approved type. (b) “Approved type” means any equipment, gadgets, materials, plants, appliances, buildings, structures and installations or any part thereof of similar design and specifications as those specified in the list of equipment, gadgets, materials, plants, appliances, buildings, structures and installations declared by the Minister as equipment tested and found safe and suitable for such use and as modified, varied or altered from time to time under section 29. (2) For the purpose of ensuring due compliance with this section, such person or authority specified in the order may conduct such tests or such methods of verification as it deems necessary on any equipment, gadgets, materials, plants, appliances, buildings, structures and installations or any part thereof in any premises. (3) (a) After such tests or verification have been conducted under subsection (2), a certificate in respect of such equipment, gadgets, materials, plants, appliances, buildings, structures and installations or any part thereof including their design and specifications shall be issued. (b) A certificate referred to under paragraph (a) shall state details of the test or verification conducted and shall include the results thereof. *NOTE—Section 27A is not yet in force–see Act A843.

Malay text (authoritative)

Kelengkapan, dsb., yang diluluskan dan penentusahan

(1) (a) Walau apa pun peruntukan Akta ini, tetapi tertakluk pada seksyen 32, Menteri boleh melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan bahawa mana-mana kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya yang digunakan atau dimaksud untuk digunakan berkaitan dengan penstoran, pengendalian, pengangkutan dan penggunaan petroleum tidak boleh digunakan atau dijual atau ditawar untuk dijual melainkan jika apa-apa kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya adalah daripada jenis yang diluluskan. (b) “Jenis yang diluluskan” ertinya apa-apa kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya daripada reka bentuk dan spesifikasi yang serupa sebagaimana yang dinyatakan dalam senarai kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan yang diisytiharkan oleh Menteri sebagai kelengkapan yang telah diuji dan didapati selamat dan sesuai bagi kegunaan tersebut dan sebagaimana diubah suai, diubah atau dipinda dari semasa ke semasa di bawah seksyen 29. (2) Bagi maksud memastikan pematuhan wajar seksyen ini, orang itu atau pihak berkuasa yang dinyatakan dalam perintah itu boleh menjalankan apa-apa ujian atau apa-apa cara penentusahan sebagaimana disifatkan perlu ke atas mana-mana kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau mana-mana bahagiannya dalam mana-mana premis. (3) (a) Selepas ujian atau penentusahan itu dijalankan di bawah subseksyen (2), suatu perakuan berkenaan dengan kelengkapan, alat, bahan, loji, perkakas, bangunan, struktur dan pepasangan atau manamana bahagiannya termasuk reka bentuk dan spesifikasinya hendaklah dikeluarkan. (b) Suatu perakuan yang disebut di bawah perenggan (a) hendaklah menyatakan butir-butir mengenai ujian atau penentusahan yang dijalankan dan hendaklah termasuk keputusannya.

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 302 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next