s 12 Licensing of nuclear installation and of activities
(1) Without prejudice to the requirements of any other law, no person shall—
(a) site, construct or operate a nuclear installation;
(b) deal in, possess or dispose of any radioactive material, nuclear material, prescribed substance or irradiating apparatus,
unless he is the holder of a valid licence issued under subsection 16(5) by the appropriate authority for such purpose and as specified in the licence.
(2) Subsection (1) shall not apply in respect of—
(a) any radioactive material, nuclear material, prescribed substance or irradiating apparatus carried as part of the stores or equipment of any ship or aircraft; and in the event of doubt whether such radioactive material, nuclear material, prescribed substance or irradiating apparatus is so carried, a certificate issued by the Board stating that such radioactive material, nuclear material, prescribed substance or irradiating apparatus is or is not part of such stores or equipment shall be final and conclusive; or
(b) any person acting lawfully under the supervision or instruction of a person in possession of a valid licence issued under this Act.
(3) A licence for using any radioactive material, nuclear material, prescribed substance or irradiating apparatus for diagnostic or therapeutic purposes may be issued only to a registered medical practitioner, registered veterinary surgeon, radiologist, radiotherapist or registered dentist.
Malay text (authoritative)
Melesenkan pepasangan nuklear dan aktiviti
(1) Tanpa menjejaskan kehendak mana-mana undangundang lain, tiada seorang pun boleh―
(a) menempatkan tapak, membina atau mengendalikan suatu pepasangan nuklear;
(b) berurusan dengan, memiliki atau melupus apa-apa
bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran, melainkan jika dia adalah pemegang suatu lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah subseksyen 16(5) oleh pihak berkuasa berkenaan bagi apa-apa maksud dan seperti yang dinyatakan dalam lesen.
(2) Subseksyen (1) tidak terpakai berkenaan dengan―
(a) mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran yang dibawa sebagai sebahagian daripada storan atau kelengkapan manamana kapal atau pesawat udara; dan sekiranya terdapat keraguan sama ada bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran dibawa sedemikian, suatu perakuan yang dikeluarkan oleh Lembaga menyatakan bahawa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran itu adalah atau bukan sebahagian daripada apa-apa storan atau kelengkapan itu adalah terakhir dan muktamad; atau
(b) mana-mana orang yang secara sah di sisi undangundang bertindak di bawah pengawasan atau arahan seseorang yang memiliki lesen yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(3) Suatu lesen bagi penggunaan mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran bagi maksud diagnosis atau terapeutik boleh dikeluarkan hanya kepada pengamal perubatan berdaftar, doktor veterinar berdaftar, ahli radiologi, ahli radioterapi atau doktor pergigian berdaftar.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).