My bookmarksSign up free
← Atomic Energy Licensing Act 1984

Atomic Energy Licensing Act 1984 s 2

Atomic Energy Licensing Act 1984 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “appropriate authority” means— (a) the Director General of Health where the activity to be licensed or licensed under this Act is in respect of a medical purpose as determined by the Board; or (b) the Board where the activity to be licensed or licensed under this Act is in respect of a purpose other than a medical purpose; “atomic energy” means all energy of whatever type derived from or created by the transmutation of atoms; “Board” means the Atomic Energy Licensing Board established under section 3; “conveyance” includes a ship, train, vehicle, an aircraft, and any other means of transport by which persons or goods may be carried; “dealing”, in relation to any radioactive material, nuclear material, prescribed substance or irradiating apparatus, means any activity involving the manufacturing, trading, producing, processing, purchasing, owning, using, transporting, transferring, handling, selling, storing, importing or exporting of such radioactive material, nuclear material, prescribed substance or irradiating apparatus; “environment” shall have the meaning assigned to that expression in section 2 of the Environmental Quality Act 1974 [Act 127] and, in addition thereto, shall include the marine environment; “installation operator” means a person licensed under this Act by the appropriate authority as the operator of a nuclear installation; “ionizing radiation” means electromagnetic radiation or corpuscular radiation capable of producing ionization in its passage through matter; “irradiating apparatus” means apparatus capable of producing ionizing radiation; “licensee” means the holder of a licence issued under this Act; “nuclear damage” means any loss of life, injury to the person, loss of, loss of use of, or damage to, property, or loss in, loss of use of, or damage to, the environment, which arises out of or results from— (a) radioactive properties or a combination of radioactive properties with toxic, explosive or other hazardous properties of nuclear fuel or radioactive products or waste in, or of nuclear material coming from, originating in, or sent to, a nuclear installation; or (b) ionizing radiation emitted by any other source of radiation inside a nuclear installation; “nuclear fuel” means any material which is capable of producing energy by a self-sustaining chain process of nuclear fission, either alone or in combination with some other material, and includes fissionable material in the form of uranium metal, alloy or chemical compound, and such other material as the Board may from time to time by order in the Gazette determine to be nuclear fuel for the purposes of this Act; “nuclear incident” means any occurrence or a series of occurrences, having the same origin, which causes or cause nuclear damage; “nuclear installation” means— (a) any nuclear reactor other than one with which a means of sea or air transport is equipped for use as a source of power, whether for propulsion thereof or for any other purpose; (b) any factory using nuclear fuel for the production of nuclear material; (c) any factory using nuclear material for the production of nuclear fuel or any factory designed or adapted for the processing of nuclear material, including the reprocessing of irradiated nuclear fuel; or (d) any facility where nuclear material is placed or stored other than storage incidental to the carriage of such material: Provided that the appropriate authority may determine that several nuclear installations of one installation operator which are located at the same site shall be considered as a single nuclear installation; “nuclear material” means nuclear fuel or other material used for the fabrication of nuclear fuel; “nuclear reactor” means any structure containing nuclear fuel in such an arrangement that a self-sustaining chain process of nuclear fission can occur therein without an additional source of neutrons; “person” means any individual, partnership, private or public body whether corporate or not, institution or organization, or any international body, institution or organization enjoying legal personality under the law of the country or the territory of the country where the nuclear installation is situated; “prescribed” means prescribed by the Minister in regulations; “radioactive material” means any nuclear fuel, radioactive product or radioactive waste; “radioactive waste” means any waste which consists wholly or partly of— (a) a substance or article which if it were not waste would be radioactive material; or (b) a substance or article which has been contaminated in the course of the production, storage or use of any radioactive material, nuclear material or prescribed substance or by contact with or proximity to any other waste within the meaning of paragraph (a) of this definition; “radiologist” means a registered medical practitioner who has received special training and has special knowledge in the use or application of ionizing radiation for diagnosing any condition of the human body; “radiotherapist” means a registered medical practitioner who has received special training and has special knowledge in the use or application of ionizing radiation or a prescribed substance for the purpose of treating or alleviating any abnormal condition of the human body or for any other purpose requiring such specialized knowledge; “registered dentist”, “registered medical practitioner”, “registered pharmacist” and “registered veterinary surgeon” mean respectively a dentist, a medical practitioner, a pharmacist and a veterinary surgeon, each registered as such in accordance with the provisions of the written laws relating to the registration of such persons; “regulations” means regulations made under this Act; “senior public officer” means any public officer authorized in writing generally or specially by the appropriate authority to exercise powers under this Act and includes the Director General of Health where he is the appropriate authority; “this Act” includes regulations and other subsidiary legislation made under this Act and anything else done under this Act or under such regulations or other subsidiary legislation.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain― ―ahli radiologi‖ ertinya seorang pengamal perubatan berdaftar yang telah menerima latihan khas dan mempunyai pengetahuan khas mengenai penggunaan atau pemakaian sinaran mengion bagi mendiagnosis apa-apa keadaan tubuh manusia; ―ahli radioterapi‖ ertinya seorang pengamal perubatan berdaftar yang telah menerima latihan khas dan mempunyai pengetahuan khas mengenai penggunaan atau pemakaian sinaran mengion atau suatu bahan ditetapkan bagi maksud untuk merawat atau mengurangkan apa-apa keadaan tak normal tubuh manusia atau bagi apa-apa maksud lain yang memerlukan pengetahuan khas tersebut; ―Akta ini‖ termasuklah peraturan-peraturan dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini dan apa-apa jua perkara lain yang dibuat di bawah Akta ini, atau di bawah peraturan-peraturan dan perundangan subsidiari lain seperti itu; ―alam sekeliling‖ hendaklah mempunyai erti yang diberi kepada ungkapan itu dalam seksyen 2 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan, selain itu, hendaklah meliputi alam sekeliling marin; ―bahan api nuklear‖ ertinya apa-apa bahan yang boleh mengeluarkan tenaga melalui suatu proses pembelahan nuklear berantai topang, sama ada ianya sahaja atau bercampur dengan sesuatu bahan lain, dan meliputi bahan boleh belah dalam bentuk logam uranium, aloi atau sebatian kimia, atau apa-apa bahan lain sebagaimana ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa melalui perintah dalam Warta sebagai bahan api nuklear bagi maksud Akta ini; ―bahan nuklear‖ ertinya bahan api nuklear atau bahan lain yang digunakan bagi membuat bahan api nuklear; ―bahan radioaktif‖ ertinya apa-apa bahan api nuklear, hasil radioaktif atau sisa radioaktif; ―ditetapkan‖ ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturanperaturan; ―doktor pergigian berdaftar‖, ―pengamal perubatan berdaftar‖, ―ahli farmasi berdaftar‖ dan ―doktor veterinar berdaftar‖ masing-masing ertinya doktor pergigian, pengamal perubatan, ahli farmasi dan doktor veterinar yang didaftarkan sebagai sedemikian mengikut peruntukan undang-undang bertulis berhubungan dengan pendaftaran orang tersebut; ―insiden nuklear‖ ertinya apa-apa kejadian atau sini kejadian daripada punca yang sama yang menyebabkan kerosakan nuklear; ―kenderaan’ termasuklah kapal, kereta api, kereta, pesawat udara, dan mana-mana cara pengangkutan lain yang dengannya orang atau barangan boleh dibawa; ―kerosakan nuklear‖ ertinya apa-apa kehilangan nyawa, kecederaan ke atas seseorang, kehilangan, kehilangan penggunaan, atau kerosakan kepada, harta, atau kehilangan, kehilangan penggunaan, atau kerosakan kepada, alam sekeliling yang berbangkit atau berakibat dari— (a) sifat radioaktif atau percampuran sifat-sifat radioaktif dengan sifat-sifat toksik, eksplosif atau sifat berbahaya lain akan bahan api nuklear atau keluaran radioaktif atau sisa radioaktif dalam, atau akan bahan nuklear yang datang dari, berasal di. atau dihantar ke, suatu pepasangan nuklear; atau (b) sinaran mengion yang dikeluarkan melalui apa-apa sumber sinaran lain di dalam suatu pepasangan nuklear; ―Lembaga‖ ertinya Lembaga Pelesenan Tenaga Atom yang ditubuhkan di bawah seksyen 3; ―orang‖ ertinya mana-mana individu, perkongsian, badan persendirian atau awam sama ada diperbadankan atau tidak, institusi atau organisasi, atau mana-mana badan, institusi atau organisasi antarabangsa yang menikmati taraf sebagai orang di sisi undangundang di bawah undang-undang negara atau wilayah negara pepasangan nuklear itu terletak; ―pegawai kanan awam‖ ertinya mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis secara am atau khusus oleh pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan kuasa di bawah Akta ini dan termasuk Ketua Pengarah Kesihatan jika dia adalah pihak berkuasa berkenaan; ―pemegang lesen‖ ertinya pemegang suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini; ―pengendali pepasangan‖ ertinya seorang yang dilesenkan di bawah Akta ini oleh pihak berkuasa berkenaan sebagai pengendali pepasangan nuklear; ―pepasangan nuklear‖ ertinya― (a) mana-mana reaktor nuklear selain reaktor yang dilengkapkan kepada suatu alat pengangkutan laut atau alat pengangkutan udara untuk digunakan sebagai sumber kuasa, sama ada bagi maksud menggerakkannya atau bagi apa-apa maksud lain; (b) mana-mana kilang yang menggunakan bahan api nuklear untuk mengeluarkan bahan nuklear; (c) mana-mana kilang yang menggunakan bahan nuklear untuk mengeluarkan bahan api nuklear atau mana-mana kilang yang direka bentuk atau dipadankan untuk memproses bahan nuklear, termasuk memproses semula bahan api nuklear yang disinar; atau (d) mana-mana kemudahan di mana bahan nuklear diletakkan atau distorkan selain penstoran yang bersampingan dengan pengangkutan bahan itu: Dengan syarat pihak berkuasa berkenaan boleh menetapkan bahawa beberapa pepasangan nuklear yang dikendalikan oleh seorang pengendali pepasangan yang terletak di tapak yang sama hendaklah dianggap sebagai satu pepasangan nuklear; ―peraturan-peraturan‖ ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; ―pihak berkuasa berkenaan‖ ertinya— (a) Ketua Pengarah Kesihatan jika aktiviti yang akan dilesenkan atau dilesenkan di bawah Akta ini adalah berkenaan dengan maksud perubatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga; atau (b) Lembaga jika aktiviti yang akan dilesenkan atau dilesenkan di bawah Akta ini adalah berkenaan dengan suatu maksud selain maksud perubatan; ―radas penyinaran‖ ertinya radas yang boleh mengeluarkan smaran mengion; ―reaktor nuklear‖ ertinya apa-apa struktur yang mengandungi bahan api nuklear yang sebegitu tersusun hingga membolehkan proses pembelahan nuklear berantai topang berlaku di dalamnya tanpa tambahan sumber neutron; ―sinaran mengion‖ ertinya sinaran elektromagnet atau sinaran zarah yang boleh mengeluarkan pengionan dalam perjalanannya melalui jirim; ―sisa radioaktif‖ ertinya apa-apa sisa yang mengandungi kesemua atau sebahagian daripada— (a) benda atau barang yang jika ianya bukan sisa dikira bahan radioaktif; atau (b) benda atau barang yang telah tercemar semasa mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear atau benda ditetapkan dibuat, disimpan atau digunakan, atau telah tercemar dengan tersentuh atau berdekatan dengan apa-apa sisa lain dalam erti perenggan (a) takrif ini; ―tenaga atom‖ ertinya segala tenaga dari apa jua jenis yang terbit daripada atau diwujudkan dengan transmutasi atom; ―urusan‖, berhubungan dengan mana-mana bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penvinaran, ertinya apa-apa aktjviti yang melibatkan bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran yang sedemikian itu yang dikilang diperdagang, dikeluar, diproses, dibeli, dipunyai, diguna, diangkut, dipindah, dikendali, dijual, distor, diimport atau dieksport. B AHAGIAN II LEMBAGA PELESENAN TENAGA ATOM

Read this section in the full act → · Open Part I →

Find Act 304 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next