Atomic Energy Licensing Act 1984 s 25
s 25 Protection of workers
(1) Every licensee shall comply with all such directives as the appropriate authority may issue from time to time for the protection of the health and for the safety of workers and all other persons from ionizing radiation, including directives in respect of matters pertaining to—
(a) conditions of exposure;
(b) dose limitation;
(c) occupational exposure;
(d) medical exposure;
(e) exposure of members of the public and persons other than workers, excluding medical exposure;
(f) accidental exposure;
(g) emergency exposure; and
(h) exposure other than any of those specified in paragraphs
(a) to (g).
(2) If the appropriate authority has reasonable cause to believe that any worker has been or is likely to be exposed to ionizing radiation, the appropriate authority may require the licensee—
(a) to provide and require such worker to wear approved personnel-monitoring devices;
(b) to keep records of dose and type of ionizing radiation to which such worker has been or is likely to be exposed;
(c) to install or use monitoring devices in work places to record the amount of ionizing radiation present and to keep records thereof; and
(d) to provide medical examination for such worker by an approved registered medical practitioner at such intervals as the appropriate authority may determine.
(3) The appropriate authority may in its discretion require the licensee to provide at such intervals as it may determine medical examination by an approved registered medical practitioner for all or any of the workers of the licensee who are exposed or are likely to be exposed to ionizing radiation.
(4) Any registered medical practitioner performing a medical examination under paragraph (2)(d) or subsection (3) shall inform the appropriate authority in the prescribed form of every worker whose health is or is reasonably suspected to be affected by ionizing radiation.
(5) For the purposes of this section, “worker” includes any person working under the instruction of the licensee, whether or not employed by the licensee, in the handling or use of, or who will come into contact with, any radioactive material, nuclear material, prescribed substance or irradiating apparatus.
(6) The Minister may prescribe the basic safety standards for the protection of workers and all other persons against ionizing radiation.
Malay text (authoritative)
Perlindungan pekerja
(1) Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan dari semasa ke semasa bagi perlindungan kesihatan dan keselamatan pekerja dan semua orang laisn daripada sinaran mengion, termasuk arahan dalam perkara mengenai:
(a) keadaan pendedahan;
(b) pengehadan dos;
(c) pendedahan pekerjaan;
(d) pendedahan perubatan;
(e) pendedahan kepada orang ramai dan orang selain pekerja, tidak termasuk pendedahan perubatan;
(f) pendedahan tidak sengaja;
(g) pendedahan kecemasan; dan
(h) pendedahan selain yang dinyatakan dalam perenggan(a) hingga (g).
(2) Jika pihak berkuasa berkenaan mempunyai sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana pekerja telah atau mungkin terdedah kepada sinaran mengion, pihak berkuasa berkenaan boleh menghendaki pemegang lesen―
(a) menyediakan dan menghendaki pekerja itu memakai alat pengawasan personel yang diluluskan;
(b) menyimpan rekod mengenai dos dan jenis sinaran mengion yang pekerja itu telah atau mungkin terdedah;
(c) memasang atau menggunakan alat pengawasan pada tempat kerja bagi merekod amaun sinaran mengion yang ada dan menyimpan rekod itu; dan
(d) menyediakan pemeriksaan perubatan bagi pekerja itu oleh pengamal perubatan berdaftar yang diluluskan pada lat-lat tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkenaan.
(3) Pihak berkuasa berkenaan boleh menurut budi bicaranya menghendaki pemegang lesen menyediakan pada lat-lat tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkenaan pemeriksaan perubatan oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar yang diluluskan bagi semua atau mana-mana daripada pekerja pemegang lesen yang terdedah atau mungkin terdedah kepada sinaran mengion.
(4) Mana-mana pengamal perubatan berdaftar yang menjalankan pemeriksaan perubatan di bawah perenggan (2)(d) atau subseksyen (3) hendaklah memberitahu pihak berkuasa berkenaan dalam borang yang ditetapkan mengenai tiap-tiap pekerja yang kesihatannya terganggu atau dipercayai dengan munasabahnya terganggu oleh sinaran mengion.
(5) Bagi maksud seksyen ini, ―pekerja‖ termasuk mana-mana orang yang bekerja di bawah arahan pemegang lesen, sama ada digaji olehnya atau tidak, semasa mengendalikan atau mengguna, atau yang akan bersentuhan dengan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran.
(6) Menteri boleh menetapkan standard keselamatan asas bagi perlindungan pekerja dan semua orang lain terhadap sinaran mengion.
Read this section in the full act → · Open Part V →
Find Act 304 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).