s 33 Search warrant
(1) Whenever it appears to any Magistrate, upon written information on oath and after such inquiry as he deems necessary, that there is reasonable ground to believe that in or on any premises, site, nuclear installation or conveyance there is concealed, kept, deposited or stored any radioactive material, nuclear material, prescribed substance or irradiating apparatus in respect of which an offence has been committed under this Act, or any book or document directly or indirectly relating to or connected with any dealing in any radioactive material, nuclear material, prescribed substance or irradiating apparatus which was, or any intended dealing of the same which would be, an offence under this Act, that Magistrate may issue a warrant authorizing any named senior public officer, by day or night and with or without assistance—
(a) to enter the premises, site, nuclear installation or conveyance and there to search for and seize such radioactive material, nuclear material, prescribed substance, irradiating apparatus, book or document;
(b) to arrest any person being in or on the premises, site, nuclear installation or conveyance in whose possession or under whose control such radioactive material, nuclear material, prescribed substance, irradiating apparatus, book or document is found, or whom such officer reasonably believes to have been dealing in such radioactive material, nuclear material, prescribed substance or irradiating apparatus, or to have been in possession or control of such book or document or to have brought, received, concealed, kept, deposited or stored such radioactive material, nuclear material, prescribed substance, irradiating apparatus, book or document.
(2) Such officer may if it is necessary so to do, with or without assistance—
(a) break open any door or window or part of the premises, site, nuclear installation or conveyance to have ingress thereinto;
(b) forcibly enter the premises, site, nuclear installation or conveyance and every part of it;
(c) remove by force any obstruction to entry, search, seizure and removal as he is empowered to effect; and
(d) detain every person found in or on the premises, site, nuclear installation or conveyance until the premises, site, nuclear installation or conveyance has been searched.
Malay text (authoritative)
Waran geledah
(1) Jika bila mana didapati oleh mana-mana Majistret, atas maklumat bertulis secara bersumpah dan selepas apa-apa siasatan yang disifatkannya perlu, ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa di dalam atau di atas mana-mana premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan ada disembunyi, disimpan, dideposit atau distor apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini, atau mana-mana buku atau dokumen secara langsung ataupun secara tidak langsung berhubungan dengan atau berkaitan dengan apa-apa urusan mengenai apa-apa jua bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran yang menjadi kesalahan, atau apa-apa urusan yang dicadangkan mengenainya yang akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai kanan awam yang disebutkan namanya, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan―
(a) memasuki premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan dan di situ menggeledah dan menyita apa-apa bahan radioaktif, bahan nukltar, benda ditetapkan, radas penyinaran, buku atau dokumen;
(b) menangkap mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan yang di dalam milik atau di bawah kawalannya bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan, radas penyinaran, buku atau dokumen dijumpai, atau orang yang pegawai itu percayai dengan munasabahnya telah berurusan dalam bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran itu, atau telah berada dalam milik atau kawalan buku atau dokumen itu, atau telah membawa, menerima, menyembunyi, menyimpan. mendeposit atau menstor bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan, radas penyinaran, buku atau dokumen itu.
(2) Pegawai itu boleh jika didapatinya perlu berbuat demikian, dengan atau tanpa bantuan―
(a) memecah buka mana-mana pintu atau tingkap atau sebahagian daripada premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan untuk kemasukan ke dalamnya;
(b) dengan kekerasan memasuki premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan dan kesemua bahagiannya;
(c) dengan kekerasan mengalih apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengambilan yang dia berkuasa melaksanakan; dan
(d) menahan tiap-tiap orang yang didapati berada di dalam atau di atas premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan sehingga premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan itu telah digeledah.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).