(1) Without prejudice to sections 33 and 34, any senior public officer shall, for the purposes of this Act, have the right to—
(a) enter, inspect and search at all times any premises, site, nuclear installation or conveyance in which such officer has reasonable ground to believe that there is stored or kept any radioactive material, nuclear material, prescribed substance or irradiating apparatus or there is being conducted any activity in respect of which a licence is required under this Act, for the purpose of examining, testing or calibrating that material, substance or irradiating apparatus, as the case may be; or
(b) require the licensee or occupier of the premises, site or nuclear installation or the person in charge of the conveyance to provide such information or documents in the possession or control of such licensee, occupier or person relating to any activity in respect of which a licence is required under this Act as the officer may specify.
(2) Any officer exercising powers under subsection (1) shall produce his letter of authorization or document of identification on demand.
Malay text (authoritative)
Hak masuk, dsb.
(1) Tanpa menjejaskan seksyen 33 dan 34, mana-mana pegawai kanan awam hendaklah, bagi maksud Akta ini, mempunyai hak untuk―
(a) memasuki, memeriksa dan menggeledah pada setiap masa mana-mana premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan yang pegawai itu mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa ada distor atau disimpan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, benda ditetapkan atau radas penyinaran atau ada apa-apa aktiviti yang sedang dijalankan yang berkenaan dengannya suatu lesen diperlukan di bawah Akta ini, bagi maksud memeriksa, menguji atau menentukur bahan, benda atau radas penyinaran itu, mengikut mana yang berkenaan; atau
(b) menghendaki pemegang lesen atau penduduk premis, tapak, atau pepasangan nuklear atau orang yang menjaga kenderaan untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen yang ada dalam milik atau kawalan pemegang lesen, penduduk atau orang itu berhubungan dengan apaapa aktiviti yang berkenaan dengannya suatu lesen diperlukan di bawah Akta ini sebagaimana ditetapkan oleh pegawai itu.
(2) Mana-mana pegawai yang menjalankan kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah menunjukkan surat kuasa atau dokumen pengenalannya apabila diminta.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).