Atomic Energy Licensing Act 1984 s 39
s 39 Obstruction of inspection, search or investigation an offence
Any person who—
(a) refuses any senior public officer access to any premises, site, nuclear installation or conveyance which he is entitled to have under this Act;
(b) assaults, obstructs, impedes or delays any senior public officer in effecting any entry which he is entitled to effect under this Act, or in the execution of any duty imposed or power conferred under this Act;
(c) fails to comply with any lawful demand or order of any senior public officer in the execution of any duty imposed or power conferred under this Act;
(d) refuses or neglects to give to any senior public officer any information which may reasonably be required and which he has in his power to give;
(e) furnishes to any senior public officer as true, information which he knows or has reason to believe to be false;
(f) conceals or attempts to conceal or fails to produce any radioactive material, nuclear material, prescribed substance, irradiating apparatus, radioactive waste, book or document in relation to which there is reasonable ground for suspecting the commission of an offence under this Act;
(g) escapes or attempts to escape from lawful custody after having been arrested for an offence under this Act;
(h) rescues or attempts to rescue or causes to be rescued any person who has been duly arrested or anything which has been duly seized under this Act; or
(i) before or after any seizure under this Act, breaks or destroys anything to prevent such seizure, commits an offence under this Act and is, on conviction, liable to imprisonment for a term not exceeding five years or a fine not exceeding five thousand ringgit or to both.
Malay text (authoritative)
Halangan terhadap pemeriksaan, penggeledahan atau penyiasatan mengenai kesalahan
Mana-mana orang yang—
(a) enggan membenarkan mana-mana pegawai kanan awam akses ke mana-mana premis, tapak, pepasangan nuklear atau kenderaan yang dia berhak mendapatnya di bawah Akta ini;
(b) menyerbu, menghalang, menghindar atau melengahkan mana-mana pegawai kanan awam dalam melaksanakan mana-mana kemasukan yang dia berhak melaksanakan di bawah Akta ini, atau dalam melaksanakan apa-apa tugas yang dipertanggungkan atau kuasa yang diberi di bawah Akta ini;
(c) gagal mematuhi mana-mana tuntutan atau perintah manamana pegawai kanan awam yang sah di sisi undangundang dalam melaksanakan apa-apa tugas yang dipertanggungkan atau kuasa yang diberi di bawah Akta ini;
(d) enggan atau abai memberi kepada mana-mana pegawai kanan awam apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki dan yang ada padanya yang dia berkuasa untuk memberikannya;
(e) memberi kepada mana-mana pegawai kanan awam maklumat dengan menyatakannya sebagai benar, maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai sebagai palsu;
(f) menyembunyi atau cuba menyembunyikan atau gagal mengemukakan apa-apa bahan radioaktif, bahan nuklear, bahan ditetapkan, radas penyinaran, sisa radioaktif, buku atau dokumen yang berhubungan dengannya terdapat alasan yang munasabah bagi mengesyaki suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini;
(g) melepaskan diri atau cuba melepaskan diri daripada jagaan sah selepas ditangkap kerana suatu kesalahan di bawah Akta ini;
(h) menyelamat atau cuba menyelamatkan atau menyebab diselamatkan mana-mana orang yang telah ditangkap dengan sempurnanya atau apa-apa barang yang telah disita dengan sempurnanya di bawah Akta ini; atau
(1) sebelum atau selepas apa-apa jua penyitaan di bawah Akta ini, memecah atau memusnahkan apa-apa barang untuk menghalang penyitaan itu,
adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan penjara bagi tempoh tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.
Read this section in the full act → · Open Part VIII →
Find Act 304 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).