Atomic Energy Licensing Act 1984 s 40
s 40 Offence
(1) Any person who contravenes any of the provisions of this Act commits an offence under this Act.
(2) Any person who commits an offence under this Act is, on conviction, where no penalty is expressly provided therefor, liable to imprisonment for a term not exceeding ten years or a fine not exceeding one hundred thousand ringgit or both.
(3) Where an offence under this Act is committed by a body corporate, every person who at the time of the commission of the offence was a director or officer of that body corporate commits that offence:
Provided that nothing in this subsection shall render any such person so liable if he proves that he exercised all due diligence and took all reasonable precautions to prevent the commission of such offence and that such offence was committed without his knowledge, consent and connivance.
(4) Any person who would have been liable under this Act to any penalty for anything done or omitted if such thing had been done or omitted by him personally, shall be liable to the same penalty if such thing had been done or omitted by his partner, agent or servant, unless he proves that he exercised all due diligence and took all reasonable precautions to prevent the doing or omission of such thing and that such thing was done or omitted without his knowledge, consent and connivance.
(5) Without prejudice to the Criminal Procedure Code [Act 593], the prosecution of any offence committed under this Act may be conducted by the appropriate authority or any senior public officer authorized in writing generally or specially so to do by the appropriate authority.
Malay text (authoritative)
Kesalahan
(1) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
(2) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh, apabila disabitkan, jika tiada penalti diperuntukkan dengan nyata baginya dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
(3) Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu adalah seorang pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu adalah melakukan kesalahan tersebut:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh menyebabkan mana-mana orang tersebut itu bertanggungan sedemikian jika dia membuktikan bahawa dia menjalankan segala usaha yang wajar dan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi mencegah berlakunya kesalahan itu dan bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan dan pembiarannya.
(4) Mana-mana orang yang tetap boleh dikenakan hukuman di bawah Akta ini kerana apa-apa perkara yang dilakukan atau ditinggalkan jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkannya sendiri, boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh pekongsi, ejen atau pengkhidmatnya, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar dan telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah bagi mencegah perlakuan atau ketinggalan perkara itu dan bahawa perkara itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan dan pembiarannya.
(5) Tanpa menjejaskan peruntukan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] pendakwaan mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini boleh dijalankan oleh pihak berkuasa berkenaan atau mana-mana pegawai kanan awam yang diberi kuasa secara bertulis
pada amnya atau khasnya untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa berkenaan.
Read this section in the full act → · Open Part VIII →
Find Act 304 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).