Aviation Offences Act 1984 s 10
s 10 Other acts endangering or likely to endanger the safety of aircraft
(1) Subject to subsections (5) and (6), any person who unlawfully and intentionally destroys or damages any property to which this section applies or interferes with the operation of such property, where the destruction, damage or interference is likely to endanger the safety of an aircraft in flight, commits an offence under this Act.
(2) Subsection (1) applies to any property used for the provision of air navigation facilities including any land, building or ship so used, and including any apparatus or equipment so used, whether it is on board an aircraft or elsewhere.
(3) Subject to subsections (4) and (5), any person who intentionally communicates any information which is false, misleading or deceptive in a material particular, where the communication of the information endangers the safety of an aircraft in flight or is likely to endanger the safety of an aircraft in flight, commits an offence under this Act.
(4) It shall be a defence for a person charged with an offence under subsection (3) to prove—
(a) that he believed, and had reasonable grounds for believing, that the information was true; or
(b) that, when he communicated the information, he was lawfully employed to perform duties which consisted of or included the communication of information and that he communicated the information in good faith in the performance of those duties.
(5) Subsections (1) and (3) do not apply to the commission of any act unless either the act is committed in Malaysia or, where the act is committed outside Malaysia—
(a) the person committing the act is a citizen of Malaysia;
(b) the commission of the act endangers or is likely to endanger the safety in flight of a civil aircraft registered in Malaysia or chartered by demise to a lessee whose principal place of business or, if he has no place of business, whose permanent residence is in Malaysia;
(c) the act is committed on board a civil aircraft which is registered or so chartered; or
(d) the act is committed on board a civil aircraft which lands in Malaysia with the person who committed the act still on board.
(6) Subsection (1) does not apply to any act committed outside Malaysia and so committed in relation to property which is situated outside Malaysia and is not used for the provision of air navigation facilities in connection with international air navigation, unless the person committing the act is a citizen of Malaysia.
(7) In this section, “civil aircraft” means any aircraft other than an aircraft used in military, customs or police service.
Malay text (authoritative)
Tindakan lain yang membahayakan atau mungkin membahayakan keselamatan pesawat udara
(1) Tertakluk kepada subseksyen (5) dan (6), mana-mana orang yang menyalahi undang-undang dan sengaja memusnahkan atau merosakkan apa-apa harta yang baginya seksyen ini terpakai atau menganggu penjalanan harta itu, di mana pemusnahan, kerosakan atau gangguan itu mungkin membahayakan keselamatan pesawat udara sedang dalam penerbangan, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
(2) Subseksyen (1) terpakai kepada mana-mana harta yang diguna bagi mengadakan kemudahan pemaliman udara termasuk apa-apa
tanah, bangunan atau kapal yang digunakan sedemikian, dan juga termasuk apa-apa radas atau kelengkapan yang digunakan sedemikian, sama ada ia berada dalam pesawat udara itu atau di tempat lain.
(3) Tertakluk kepada subseksyen (4) dan (5), mana-mana orang yang dengan sengaja menyampaikan apa-apa maklumat yang palsu, mengelirukan atau memperdayakan mengeni sesuatu butir yang material, di mana penyampaian maklumat itu membahayakan keselamatan pesawat udara sedang dalam penerbangan atau mungkin membahayakan keselamatan pesawat udara sedang dalam penerbangan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
(4) Menjadi suatu pembelaan bagi seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (3) untuk membuktikan―
(a) bahawa dia mempercayai, dan mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai, bahawa maklumat itu adalah benar; atau
(b) bahawa, apabila maklumat itu disampaikan olehnya, dia telah bekerja dengan sahnya untuk melaksanakan tugasnya yang mengandungi atau termasuk penyampaian maklumat itu dan bahawa dia menyampaikan maklumat itu dengan suci hati dalam pelaksanaan tugas itu.
(5) Subseksyen (1) dan (3) tidak tepakai kepada pelakuan apa-apa tindakan melainkan jika tindakan itu dilakukan di Malaysia ataupun, tindakan itu dilakukan di luar Malaysia―
(a) orang yang melakukan tindakan itu ialah warganegara Malaysia;
(b) pelakuan tindakan itu membahayakan atau mungkin membahayakan keselamatan dalam penerbangan suatu pesawat udra awam yang didaftarkan di Malaysia atau dicatar melalui demis kepada seorang penerima pajak yang mempunyai tempat urusan utamanya atau, jika dia tidak mempunyai tempat urusan, tempat kediamannya yang tetap ialah di Malaysia;
(c) tindakan itu dilakukan dalam pesawat udara awam yang didaftarkan atau dicatarkan sedemikian; atau
(d) tindakan itu dilakukan dalam pesawat udara awam yang mendarat di Malaysia dengan orang yang melakukan tindakan itu masih berada dalam pesawat udara itu.
(6) Subseksyen (1) tidak terpakai kepada mana-mana tindakan yang dilakukan di luar Malaysia dan dilakukan sedemikian berhubungan dengan harta yang terletak di luar Malaysia dan tidak digunakan bagi mengadakan kemudahan pemaliman udara berkaitan dengan pemaliman udara antarabangsa, melainkan jika orang yang melakukan tindakan itu ialah warganegara Malaysia.
(7) Dalam seksyen ini, ―pesawat udara awam‖ ertinya manamana pesawat udara selain pesawat udara yang digunakan dalam perkhidmatan tentera, kastam atau polis.
Read this section in the full act → · Open Part III →
Find Act 307 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).