My bookmarksSign up free
← Aviation Offences Act 1984

Aviation Offences Act 1984 s 16

Aviation Offences Act 1984 s 16

s 16 Position relating to extradition where there is no arrangement

(1) Where there is no arrangement relating to extradition in force between Malaysia and a State which is a party to the Convention, the Convention may be regarded to have effect as if it were an arrangement relating to extradition between Malaysia and the State for purposes of the application of the *Extradition Act 1992, to such State. (2) Where the *Extradition Act 1992 is applied pursuant to subsection (1), it shall have effect as if the only extradition crimes within the meaning of the Act were offences under this Act and attempts to commit such offences. (3) For the purposes of the *Extradition Act 1992 any act, wherever committed which— (a) is an offence under this Act or an attempt to commit such an offence, or would be such an offence or attempt but for subsection 7(2), 9(4) or 10(5) or (6); and (b) is an offence against the law of any State in respect of which the *Extradition Act 1992 have already been made applicable, shall be deemed to be an offence within the jurisdiction of that State.

Malay text (authoritative)

Kedudukan berhubungan dengan ekstradisi apabila tidak ada perkiraan

(1) Jika tiada apa-apa perkiraan berhubungan dengan ekstradisi berkuat kuasa di antara Malaysia dan sesuatu Negara yang menjadi pihak kepada Konvensyen, Konvensyen itu boleh dianggap untuk berkuat kuasa seolah-olah ia adalah perkiraan berhubungan dengan ekstradisi di antara Malaysia dan Negara itu bagi maksud pemakaian * Akta Ekstradisi 1992, kepada Negara tersebut. * Catatan― Akta ini menggantikan Ordinan Ekstradisi 1958 [Ord. 2 Tahun 1958] dan Akta Penjenayah Fugitif Komanwel 1967 [Akta 54 Tahun 1967]–lihat seksyen 54 Akta 479. (2) Jika *Akta Ekstradisi 1992 terpakai menurut subseksyen (1), ia hendaklah berkuat kuasa seolah-olah jenayah ekstradisi dalam erti Akta itu masing-masing hanyalah kesalahan di bawah Akta ini dan percubaan melakukan kesalahan itu. (3) Bagi maksud *Akta Ekstradisi 1992 apa-apa tindakan, di mana jua dilakukan, yang― (a) menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini atau percubaan melakukan suatu kesalahan itu, atau akan menjadi suatu kesalahan atau percubaan jika tidak kerana subseksyen 7(2), subseksyen 9(4), atau subseksyen 10(5) atau (6); dan (b) menjadi suatu kesalahan terhadap undang-undang manamana Negara yang berkenaan dengannya *Akta Ekstradisi 1992 telah terpakai, hendaklah disifatkan menjadi suatu kesalahan mengikut bidang kuasa Negara itu.

Read this section in the full act → · Open Part V →

Find Act 307 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next