My bookmarksSign up free
← Aviation Offences Act 1984

Aviation Offences Act 1984 s 6

Aviation Offences Act 1984 s 6

s 6 Provisions as to evidence in connection with aircraft

(1) Where in any proceeding before a court in Malaysia for an offence committed on board an aircraft the testimony of any person is required and the court is satisfied that the person in question cannot be found in Malaysia, there shall be admissible in evidence before that court any deposition relating to the subject matter of that proceeding previously made on oath by that personβ€” (a) in Malaysia which was so made in the presence or absence of the person charged with the offence and before a Sessions Court Judge or Magistrate; or (b) outside Malaysia which was so made in the presence or absence of the person charged with the offence and before a consular officer or a judicial officer of any foreign country. (2) Any such deposition shall be authenticated by the signature of the Sessions Court Judge, Magistrate, consular officer or judicial officer before whom it was made who shall certify that the person charged with the offence was present or absent at the taking of the deposition. (3) It shall not be necessary in any proceeding to prove the signature or official character of the person appearing so to have authenticated any such deposition or to have given such certificate, and such certificate shall, unless the contrary is proved, be sufficient evidence in any proceeding that the person charged with the offence was present or absent, as the case may be, at the making of the deposition. (4) If a complaint is made to a consular officer that any offence has been committed on a Malaysian-controlled aircraft while in flight elsewhere than in or over Malaysia, that officer may inquire into the case upon oath. (5) In this sectionβ€” (a) the expression β€œdeposition” includes any affidavit, affirmation or statement made upon oath; and (b) the expression β€œoath” includes an affirmation or declaration in the case of persons allowed by law to affirm or declare instead of swearing, and nothing in this section shall prejudice the admission as evidence of any deposition which is admissible in evidence apart from this section.

Malay text (authoritative)

Peruntukan mengenai keterangan berkaitan dengan pesawat udara

(1) Jika dalam mana-mana prosiding di mahkamah di Malaysia kerana sesuatu kesalahan yang dilakukan dalam pesawat udara keterangan mana-mana orang adalah dikehendaki dan mahkamah berpuas hati bahawa orang yang berkenaan itu tidak dapat dijumpai di Malaysia, apa-apa deposisi berhubungan dengan hal perkara prosiding itu yang dibuat sebelumnya atas sumpah oleh orang itu boleh diterima sebagai keterangan di hadapan mahkamah itu― (a) di dalam Malaysia yang telah dibuat sedemikian di hadapan atau semasa ketiadaan orang yang dipertuduh atas kesalahan itu dan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret; atau (b) di luar Malaysia yang telah dibuat sedemikian di hadapan atau dengan ketiadaan orang yang dipertuduh atas kesalahan itu dan di hadapan pegawai konsular atau pegawai kehakiman mana-mana negara asing. (2) Mana-mana deposisi itu hendaklah disahkan dengan tandatangan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, pegawai konsular atau pegawai kehakiman yang di hadapannya deposisi itu dibuat yang hendaklah memperakui bahawa orang yang dipertuduh atas kesalahan itu hadir atau tidak hadir pada masa pengambilan deposisi itu. (3) Tidaklah perlu dalam mana-mana prosiding untuk membuktikan tandatangan atau tugas rasmi orang yang didapati telah mengesahkan mana-mana deposisi itu atau telah memberi perakuan itu, dan perakuan tersebut hendaklah, melainkan dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan yang mencukupi dalam mana-mana prosiding yang orang dipertuduh atas kesalahan itu hadir atau tidak hadir, mengikut mana yang berkenaan, pada masa pengambilan deposisi itu. (4) Jika aduan dibuat kepada pegawai konsular bahawa apa-apa kesalahan telah dilakukan dalam pesawat udara kawalan Malaysia semasa dalam penerbangan di tempat lain selain dari di Malaysia atau melintasi Malaysia, pegawai itu boleh menyiasati kes itu atas sumpah. (5) Dalam seksyen ini― (a) ungkapan ―deposisiβ€– termasuk apa-apa affidavit, ikrar atau pernyataan yang dibuat atas sumpah; dan (b) ungkapan ―sumpahβ€– termasuk ikrar atau akuan dalam hal orang-orang yang dibenarkan oleh undang-undang untuk membuat ikrar atau akuan daripada mengangkat sumpah, dan tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan mana-mana deposisi yang boleh diterima sebagai keterangan selain seksyen ini.

Read this section in the full act β†’ Β· Open Part II β†’

Find Act 307 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next