Child Care Centre Act 1984 s 20
s 20 Power to enter and inspect premises
(1) The Director General or any authorized officer shall have power to enter at any reasonable time any premises reasonably suspected of being used for the purpose of a child care centre without registration or where he has any reasonable grounds for believing that there has been contravention of the provisions of this Act and shall inspect such premises to make any inquiry which he considers necessary.
(2) In the course of inspection under this section the Director General or any authorized officer may─
(a) put questions concerning the management of the child care centre to the person registered under this Act and to any other person in charge of the child care centre whose evidence he may consider necessary, and all such persons shall be legally bound to answer such questions truthfully to the best of their ability;
(b) require the person in charge to produce before him all or any of the records required to be kept under this Act; and
(c) seize or take copies of any record produced before him under paragraph (b).
(3) Any person may refuse to comply with any demand or order by an authorized officer acting or purporting to act under this Act if such officer refuses on demand to declare his identity or produce a letter of authorization, as the case may be.
Malay text (authoritative)
Kuasa untuk masuk dan memeriksa premis
(1) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa mempunyai kuasa untuk memasuki pada bila-bila masa yang munasabah mana-mana premis yang disyaki dengan munasabahnya sebagai digunakan bagi maksud taman asuhan kanak-kanak tanpa pendaftaran atau jika dia ada apa-apa alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa telah berlaku perlanggaran terhadap peruntukan Akta ini dan hendaklah memeriksa premis itu untuk membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu.
(2) Dalam menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen ini Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh—
(a) mengemukakan soalan mengenai pengurusan taman asuhan kanak-kanak kepada, orang yang didaftarkan di bawah Akta ini dan kepada mana-mana orang lain yang menjaga taman asuhan kanak-kanak yang keterangannya ia fikirkan perlu, dan semua orang sedemikian terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan itu dengan benar sepanjang yang mereka boleh berikan;
(b) menghendaki orang yang menjaga supaya mengemukakan di hadapannya semua atau apa-apa rekod yang dikehendaki disimpan di bawah Akta ini; dan
(c) menyita atau mengambil salinan apa-apa rekod yang dikemukakan di hadapannya di bawah perenggan (b).
(3) Mana-mana orang boleh enggan mematuhi apa-apa kehendak atau perintah oleh seorang pegawai diberi kuasa yang bertindak atau berupa bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu enggan apabila diminta mengisytiharkan identitinya atau mengemukakan suatu surat kuasanya, mengikut mana yang berkenaan.
Read this section in the full act →
Find Act 308 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).