My bookmarksSign up free
← Child Care Centre Act 1984

Child Care Centre Act 1984 s 8

Child Care Centre Act 1984 s 8

s 8 Terms and conditions to be imposed

The Director General may register any child care centre subject to the following─ Child Care Centre (a) limiting the number of children who may be received in such child care centre at any one time; (b) ensuring that the applicant or any other person he employs at the child care centre is a fit and proper person, whether by reason of age or otherwise, to operate, take part in the management of or be employed at the child care centre; (c) ensuring that such child care centre shall be adequately staffed, both as regards the number and the qualifications or experience of the persons employed therein or taking part in the conduct thereof; (d) ensuring that such child care centre shall be adequately and suitably equipped and maintained; (e) ensuring that, where any children are received in any child care centre and remain there for a continuous period exceeding four hours in any one day, there shall be adequate and suitable arrangement for feedings, resting and recreation for such children and that adequate and balanced diet shall be provided; (f) complying with any requirement relating to the structure, fire precautions, health, sanitation and safety; (g) any other conditions which the Director General deems fit and proper.

Malay text (authoritative)

Terma dan syarat yang hendak dikenakan

Ketua Pengarah boleh mendaftarkan mana-mana taman asuhan kanak-kanak tertakluk kepada yang berikut: (a) dengan mengehadkan bilangan kanak-kanak yang diterima masuk dalam mana-mana taman asuhan kanak-kanak pada satu-satu masa; (b) dengan menjamin bahawa pemohon atau mana-mana orang lain yang diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak seorang yang layak dan sesuai, sama ada disebabkan oleh umur atau selainnya, untuk menjalankan, mengambil bahagian dalam pengurusan atau diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak itu; (c) dengan menjamin bahawa taman asuhan kanak-kanak itu hendaklah mengadakan kakitangan yang cukup, baik dari segi bilangan mahu pun kelayakan atau pengalaman orang yang diambil bekerja atau mengambil bahagian dalam penjalanannya; (d) dengan menjamin bahawa taman asuhan kanak-kanak itu hendaklah dilengkapkan dan disenggarakan dengan secukup dan sesuainya; (e) dengan menjamin bahawa, jika mana-mana kanak-kanak diterima masuk di mana-mana taman asuhan kanak-kanak dan tinggal di sana selama suatu jangka masa terus-menerus yang melebihi empat jam dalam satu-satu hari, hendaklah ada peraturan yang cukup dan sesuai bagi makanan, rehat dan hiburan bagi kanak-kanak itu dan diet yang cukup serta seimbang hendaklah diadakan; (f) dengan mematuhi apa-apa kehendak yang berkaitan dengan struktur, pencegahan api, kesihatan, kebersihan dan keselamatan; (g) apa-apa syarat lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh Ketua Pengarah.

Read this section in the full act → · Open Part II →

Find Act 308 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 December 2011 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next