My bookmarksSign up free
← Election Commission Act 1957

Election Commission Act 1957 s 9

Election Commission Act 1957 s 9

s 9 Unauthorized publication and disclosure of information

(1) No member of the Election Commission nor any other person shall, without the written permission of the Yang di-Pertuan Agong, publish or disclose to any unauthorized person or otherwise than in the course of duty the contents or any part of the contents of any document, communication or information whatsoever which has come to his knowledge in the course of his duty as a member in respect of any matter relating to the exercise by the Commission of any of its functions, and any person who knowingly acts in contravention of this subsection shall be guilty of an offence and Laws of Malaysia ACT 31 shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. (2) If any person having possession of any information which to his knowledge has been disclosed in contravention of this section publishes or communicates the information to any person otherwise than for the purpose of a prosecution under this Act, he shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding one thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.

Malay text (authoritative)

Penyiaran dan penzahiran maklumat tanpa kebenaran

(1) Tiada seorang pun anggota Suruhanjaya Pilihan Raya atau mana-mana orang lain, tanpa kebenaran bertulis Yang di-Pertuan Agong, boleh menyiarkan atau menzahirkan, kepada mana-mana orang yang tidak diberi kebenaran atau selain dalam perjalanan Undang-Undang Malaysia AKTA 31 kewajipan, kandungan atau mana-mana bahagian kandungan apa-apa dokumen, komunikasi atau maklumat jua pun yang telah sampai kepada pengetahuannya dalam perjalanan kewajipannya sebagai anggota berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan penjalanan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mana-mana fungsinya, dan mana-mana orang yang dengan disedarinya melakukan perbuatan yang melanggar subseksyen ini melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (2) Jika mana-mana orang yang memiliki apa-apa maklumat yang pada pengetahuannya telah dizahirkan dengan melanggar seksyen ini menyiarkan atau menyampaikan maklumat itu kepada mana-mana orang selain bagi maksud sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini, dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Read this section in the full act β†’

Find Act 31 on lom.agc.gov.my β†—

Text as at 1 February 2013 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next