A forest officer may require any person in possession, custody or control, or engaged in the taking, removal, conversion or trading of any forest produce or in charge or control of a conversion plant, to furnish him with such information or document which, in his opinion, is necessary for the exercise of his powers or the performance of his duties under, or the enforcement of the provisions of, this Act, and any person so required who, without reasonable excuse, fails or refuses to submit the required information or document to the officer or who, in submitting any required information, knowingly or recklessly makes any statement that is false in any material particular or who, with intent to deceive, submits a document that is false in any material particular, shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding *fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding **five years or to both such fine and imprisonment.
*NOTE—Previously “two thousand ringgit” –see the National Forestry (Amendment) Act 1993 [Act A864]. *NOTE—Previously “one year” –see the National Forestry (Amendment) Act 1993 [Act A864].
Malay text (authoritative)
Memberi maklumat kepada pegawai hutan
Seorang pegawai hutan boleh menghendaki mana-mana orang yang memiliki, menjaga atau mengawal atau terlibat dalam mengambil, memindah, menukar atau meniaga apa-apa hasil hutan atau yang menjaga atau mengawal loji penukaran memberi kepadanya maklumat atau dokumen yang pada pendapatnya adalah perlu bagi menjalankan kuasa atau pelaksanaan tugasnya di bawah, atau penguatkuasaan peruntukan, Akta ini, dan mana-mana orang yang dikehendaki berbuat demikian yang, tanpa sebab yang munasabah, tidak atau enggan menyerahkan maklumat atau dokumen yang dikehendaki kepada pegawai itu atau yang, apabila menyerahkan maklumat yang dikehendaki, dengan disedarinya atau dengan cuai membuat sesuatu kenyataan yang palsu mengenai mana-mana butir material atau yang, dengan niat untuk menipu, menyerahkan suatu dokumen palsu mengenai sesuatu butir material, melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi **lima tahun atau kedua-duanya. *CATATAN—Sebelum ini “dua ribu ringgit”—lihat Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993 [Akta A864]. **CATATAN—Sebelum ini “satu tahun”—lihat Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993 [Akta A864].
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).