s 111 Rules
(1) The State Authority may make rules to carry out the objects and purposes of this Act.
(2) In particular and without prejudice to the generality of subsection (1), such rules may—
(a) define and determine the number and extent of forest administrative and management divisions, units or sections;
(b) regulate or prohibit the kindling of fire on State land and alienated lands immediately adjoining any permanent reserved forest and prescribe the precautions and actions to be taken to prevent the spreading of fires;
(c) regulate or prohibit the felling, cutting, ringing, marking, lopping, tapping or injuring by fire or otherwise, of any tree or timber, the removal of timber, and the collection and removal of other forest produce generally;
(d) regulate the free grant or the grant at reduced rates for forest produce;
(e) regulate the methods to be employed by the licensee in taking forest produce on and from a licence area and all activities connected therewith including the precautions to be taken for the prevention and spread of fires;
(f) prohibit any dealings in specified kinds of forest produce;
(g) prescribe the place, routes, the mode and manner by which forest produce may be brought into, taken out of or moved within the State;
(h) prohibit the collection or removal of forest produce without a removal pass and to provide for the issue, production and return of such passes;
(i) in the case of timber formed into a raft or fastened to the foreshore or any river bank, prohibit the loosening or
setting adrift of such timber by any person not the owner thereof or not acting on behalf of the State Authority;
(j) provide for the stoppage, reporting, examination and marking of forest produce in transit;
(k) establish checking stations to which forest produce is to be brought by the person in charge of it for examination or for the realization of money due to the State Authority in respect thereof or in order that a mark may be affixed thereto for the purposes of this Act, and prescribe the conditions under which forest produce is to be brought to, detained at, and removed from, such checking stations;
(l) provide for the management and control of such checking stations;
(m) prescribe the methods of measuring forest produce for the purpose of assessing royalty, premium, cess or other charges payable under this Act;
(n) regulate the possession of marking hammers or other implements used for marking timber;
(o) regulate the use of property marks and prescribe the procedure and the fee payable for the registration of such marks;
(p) generally prescribe fees and other payments payable under this Act and the manner for collecting and disbursing such fees;
(q) prescribe forms to be used for the purposes of this Act;
(r) regulate the manner and standards of construction of forest roads and their use and their control;
(s) prescribe the rules and the manner for the multiple use of the forests;
(t) provide for matters relating to the issue of licences, minor licences, use permits, removal licences, road permits and entry permits;
(u) prescribe fees payable in respect of licences, minor licences, use permits, removal licences, road permits and entry permits;
(v) prescribe the penalties with which the contravention of any rules made under this section shall be punishable provided such penalties shall not exceed those prescribed by section 87;
(w) in so far as they do not fall within any of the preceding paragraphs, provide for all procedural and other matters which by this Act are required or permitted to be prescribed or which are necessary or convenient to be prescribed for carrying out or giving effect to the provisions of this Act.
(3) Any rules made under this section may provide that any specified rule or rules shall not apply to any particular class of forest produce or to any particular part of the State.
Malay text (authoritative)
Kaedah-kaedah
(1) Pihak Berkuasa Negeri boleh membuat kaedah-kaedah bagi menjalankan tujuan dan maksud Akta ini.
(2) Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah sedemikian boleh—
(a) menentukan dan memutuskan banyaknya dan takat bahagian, unit atau seksyen pentadbiran dan pengurusan hutan;
(b) mengawal selia atau melarang penyalaan api di atas tanah Kerajaan dan tanah beri milik yang bersempadan terus dengan mana-mana hutan simpanan kekal dan menetapkan pengawasan dan tindakan yang perlu diambil untuk mencegah merebaknya kebakaran;
(c) mengawal selia atau melarang penebangan, pemotongan, penggelangan, penandaan, penutuhan, penorehan atau pembencanaan dengan api atau selainnya, sesuatu pokok atau kayu, pemindahan kayu, dan pengutipan dan pemindahan hasil hutan lain amnya;
(d) mengawal selia pemberian percuma atau pemberian dengan kadar yang kurang mengenai hasil hutan;
(e) mengawal selia cara yang patut digunakan oleh pemegang lesen dalam mengambil hasil hutan di atas dan dari kawasan lesen dan semua aktiviti yang berkaitan dengannya termasuk pengawasan yang patut diambil bagi mencegah dan merebaknya kebakaran;
(f) melarang apa jua urus niaga berkenaan jenis hasil hutan tertentu;
(g) menetapkan tempat, jalan, gaya dan cara bagaimana hasil hutan boleh dibawa masuk, dibawa keluar atau dipindahkan di dalam Negeri itu;
(h) melarang pengambilan atau pemindahan hasil hutan tanpa suatu pas pemindah dan untuk mengadakan peruntukan bagi pengeluaran, pengemukaan dan pemulangan pas sedemikian;
(i) dalam hal kayu yang dijadikan rakit atau diikatkan di tepi pantai atau tebing sungai, melarang pelonggaran atau penghanyutan kayu sedemikian oleh mana-mana orang yang bukan pemunyanya atau yang tidak bertindak bagi pihak Pihak Berkuasa Negeri;
(j) mengadakan peruntukan bagi penahanan, laporan, pemeriksaan dan penandaan hasil hutan yang dalam perjalanan;
(k) menubuhkan balai pemeriksaan kepada mana hasil hutan hendaklah dibawa oleh orang yang menjaganya bagi pemeriksaan atau bagi pembayaran wang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengannya atau supaya suatu tanda diletakkan kepadanya bagi maksud Akta ini, dan menetapkan syarat di bawah mana hasil hutan patut dibawa, ditahan dan dipindahkan dari balai pemeriksaan itu;
(l) mengadakan peruntukan mengenai pengurusan dan pengawalan balai pemeriksaan sedemikian;
(m) menetapkan cara mengukur hasil hutan bagi maksud mentaksir royalti, premium, ses atau caj lain yang kena dibayar di bawah Akta ini;
(n) mengawal selia pemilikan tukul penanda atau alat lain yang digunakan bagi menanda kayu;
(o) mengawal selia penggunaan tanda harta dan menetapkan tatacara dan fi yang kena dibayar bagi pendaftaran tanda sedemikian;
(p) secara am menetapkan fi dan bayaran lain yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara bagi memungut dan mengganti bayar fi sedemikian;
(q) menetapkan borang yang hendak digunakan bagi maksud Akta ini;
(r) mengawal selia cara dan standard pembinaan jalan hutan serta penggunaan dan kawalannya;
(s) menetapkan kaedah-kaedah dan cara mengenai pelbagai guna hutan itu;
(t) mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berhubungan dengan pengeluaran lesen, lesen kecil, permit penggunaan, lesen pemindah, permit jalan dan permit masuk;
(u) menetapkan fi yang kena dibayar bagi lesen, lesen kecil, permit penggunaan, lesen pemindah, permit jalan dan permit masuk;
(v) menetapkan penalti dengan mana pelanggaran mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dihukum dengan syarat penalti itu tidak melebihi penalti yang ditetapkan oleh seksyen 87;
(w) setakat yang ia tidak termasuk dalam perenggan yang tersebut dahulu, mengadakan peruntukan mengenai segala tatacara dan perkara lain yang diperlukan atau dibenarkan untuk ditetapkan oleh Akta ini atau yang perlu atau bermanfaat untuk ditetapkan bagi menjalankan atau melaksanakan peruntukan Akta ini.
(3) Sesuatu kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh memperuntukkan bahawa sesuatu kaedah atau kaedah-kaedah tertentu tidak terpakai bagi hasil hutan dari sesuatu kelas tertentu atau bagi sesuatu bahagian tertentu Negeri itu.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).