The Director shall—
(a) be responsible to the State Authority for the due administration within the State of the provisions of this Act;
(b) cause to be prepared and implemented State forest management plans which shall prescribe the allowable cut either in terms of volume or area, in accordance with the principle of sustained yield;
(c) cause to be prepared and implemented reforestation plans;
(d) cause to be reviewed from time to time the State forest management plans and reforestation plans prepared under paragraphs (b) and (c) respectively;
(e) cause to be prepared and implemented programmes relating to amenity forests;
(f) cause to be prepared an annual report on the activities of the State Forestry Department during the preceding financial
year and submit such report to the State Authority and the Director General of the Federal Forestry Department before 30 June of each year;
(g) cause to be prepared and submitted to the State Financial Authority before 30 September of each year an annual budget in respect of the following financial year for the purposes of paragraphs (b), (c), (d), (e) and (f);
(h) perform such other duties as the State Authority may from time to time determine.
Malay text (authoritative)
Kewajipan Pengarah
Pengarah hendaklah—
(a) bertanggungjawab kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi pentadbiran wajar peruntukan Akta ini di dalam Negeri;
(b) menyebabkan supaya disediakan dan dilaksanakan rancangan pengurusan hutan Negeri yang hendaklah menyatakan kebenaran menebang sama ada dalam bentuk isi padu atau luas kawasan, mengikut prinsip perolehan berkekalan;
(c) menyebabkan supaya disediakan dan dilaksanakan rancangan penghutanan semula;
(d) menyebabkan supaya dikaji semula dari semasa ke semasa rancangan pengurusan hutan Negeri dan rancangan penghutanan semula yang disediakan masing-masing di bawah perenggan (b) dan (c);
(e) menyebabkan supaya disediakan dan dilaksanakan program mengenai hutan lipur;
(f) menyebabkan supaya disediakan suatu laporan tahunan mengenai aktiviti Jabatan Perhutanan Negeri sepanjang tahun kewangan yang terdahulu dan menyerahkan laporan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Ketua Pengarah
Jabatan Perhutanan Persekutuan sebelum 30 Jun setiap tahun;
(g) menyebabkan supaya disediakan dan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Kewangan Negeri sebelum 30 September setiap tahun suatu belanjawan tahunan mengenai tahun kewangan yang berikutnya bagi maksud perenggan (b),
(c), (d), (e) dan (f);
(h) melaksanakan apa-apa kewajipan lain sebagaimana ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).