My bookmarksSign up free
← National Forestry Act 1984

National Forestry Act 1984 s 81

National Forestry Act 1984 s 81

s 81 Acts prohibited in permanent reserved forests

(1) Unless authorized under this Act, no person shall, in a permanent reserved forest— (a) graze cattle or permit cattle to graze; (b) fell, cut, ring, mark, lop or tap any tree; or injure by fire, or otherwise, or remove any tree or timber; (c) cause any damage in felling any tree or cutting or dragging any timber; (d) search for, collect, subject to any manufacturing process or remove any forest produce or minerals; (e) clear or break up any land for cultivation or any other purpose; (f) use poisonous substance, or dynamite or other explosives on rivers or lakes for the purpose of fishing; or hunt, shoot, fish or set traps or snares; or (g) trespass in any manner not in this section hereinbefore prohibited. (2) Any person who contravenes subsection (1) shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable— (a) if the offence is under paragraph (1)(a), to a fine not exceeding *ten thousand ringgit; (b) if the offence is under paragraph (b) or (c), to a fine not exceeding **fifty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding ***five years or to both such fine and imprisonment; and (c) if the offence is under paragraph (d), (e), (f) or (g), to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both such fine and imprisonment. (d) (deleted by Act A864). (3) Any person convicted of an offence under this section may, in addition to any penalty imposed on the conviction, be ordered to pay to the State Authority— (a) ten times the value of any tree or timber; and (b) the costs of repairing any damage, in respect whereof the offence was committed, and any sum ordered to be so paid shall be recoverable as if it were a fine so imposed. *NOTE—Previously “two hundred ringgit” –see the National Forestry (Amendment) Act 1993 [Act A864]. **NOTE—Previously “two thousand ringgit” –see the National Forestry (Amendment) Act 1993 [Act A864]. ***NOTE—Previously “five years”– see the National Forestry (Amendment) Act 1993 [Act A864].

Malay text (authoritative)

Perbuatan yang dilarang dalam hutan simpanan kekal

(1) Melainkan jika dibenarkan di bawah Akta ini, tiada seorang pun boleh, dalam hutan simpanan kekal— (a) melepaskan ternakan atau membenarkan ternakan meragut; (b) menebang, memotong, menggelang, menanda, memangkas atau menoreh mana-mana pokok; atau merosakkan dengan api, atau selainnya, atau memindahkan mana-mana pokok atau kayu; (c) menyebabkan apa-apa kerosakan semasa menebang manamana pokok atau memotong atau mengheret mana-mana kayu; (d) mencari, mengambil, mendedahkan kepada apa-apa proses pengilangan atau memindahkan apa-apa hasil hutan atau mineral; (e) membersih atau membajak mana-mana tanah untuk tanaman atau apa-apa maksud lain; (f) menggunakan bahan beracun, atau dinamit atau bahan letupan lain di dalam sungai atau tasik bagi maksud menangkap ikan; atau memburu, menembak, menangkap ikan atau memasang jerat atau menjebak; atau (g) menceroboh dengan apa jua cara yang sebelum ini tidak dilarang dalam seksyen ini. (2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh— (a) jika kesalahan itu di bawah perenggan 1(a), didenda tidak melebihi *sepuluh ribu ringgit; (b) jika kesalahan itu di bawah perenggan (b) atau (c), didenda tidak melebihi **lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi ***lima tahun atau kedua-duanya; dan (c) jika kesalahan itu di bawah perenggan (d), (e), (f) atau (g), didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (d) (Dipotong oleh Akta A864). (3) Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, sebagai tambahan kepada mana-mana penalti yang dikenakan atas sabitan itu, diarah membayar kepada Pihak Berkuasa Negeri— (a) sepuluh kali ganda nilai mana-mana pokok atau kayu; dan (b) kos memperbaiki apa-apa kerosakan yang mengenainya kesalahan itu dilakukan, dan apa-apa jumlah wang yang diperintahkan supaya dibayar itu boleh didapatkan kembali seolah-olah ianya suatu denda yang dikenakan sedemikian. *CATATAN—Sebelum ini “dua ratus ringgit”—lihat Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993 [Akta A864]. **CATATAN—Sebelum ini “dua ribu ringgit”—lihat Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993 [Akta A864]. ***CATATAN—Sebelum ini “satu tahun”—lihat Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 1993 [Akta A864].

Read this section in the full act → · Open Part VII →

Find Act 313 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next