Malaysian Forestry Research and Development Board Act 1985 s 21
Malaysian Forestry Research and Development Board Act 1985 s 21
This legislation has been repealed. Do not cite it as law in force.
s 21 Protection of the Board and its members, and officers and servants of the Institute
No action or prosecution shall be brought, instituted or maintained in any court against the Board or any of its members, or against any officer or servant of the Institute for or on account
of or in respect of any act ordered or done for the purpose of carrying into effect this Act, and no suit or prosecution shall lie in any court against any other person for or on account of or in respect of any act done or purporting to have been done by him under order, direction or instruction of the Board or any of its members, or any officer or servant of the Institute given for any such purpose as aforesaid:
Provided that the act was done in good faith and in a reasonable belief that it was necessary for the purpose intended to be served thereby.
Malay text (authoritative)
Perlindungan bagi Lembaga dan ahlinya, dan pegawai serta pekhidmat Institut
Tiada apa jua tindakan atau pendakwaan yang boleh diambil, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap Lembaga atau mana-mana ahlinya, atau terhadap mana-mana pegawai atau pekhidmat Institut bagi atau oleh sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang diperintahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini, dan tiada apa jua guaman atau pendakwaan yang boleh dibenarkan dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap mana-mana orang lain bagi atau oleh sebab atau berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dilakukan atau dikatakan sebagai telah dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau petunjuk Lembaga atau mana-mana ahlinya, atau mana-mana pegawai atau pekhidmat Institut yang diberi bagi apa-apa maksud sebagaimana tersebut di atas:
Dengan syarat bahawa tindakan itu telah dilakukan dengan suci hati dan dengan suatu kepercayaan yang munasabah bahawa ianya adalah perlu bagi maksud yang dicadangkan untuk dilaksanakan dengannya.
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).