Printing of Qur'Anic Texts Act 1986 s 13
s 13 Control of sale, distribution and publication of Qur’anic texts
(1) As from a date to be appointed by the Minister by notification in the Gazette, which date shall not be earlier than six months from the date of publication of the notification, no person shall sell, offer for sale, distribute or publish, or have in his possession, custody or control for the purpose of sale or distribution, any Qur’anic text, unless it bears conspicuously on the first or last printed leaf thereof or, in the case of a recorded text, at a conspicuous part of the text, the information specified in subsection 8(1) or the certificate specified in subsection 12(3) and the information or certificate is genuine in respect of it.
(2) Any person who contravenes of subsection (1) commits an offence and is liable on conviction to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment not exceeding two years or to both.
Malay text (authoritative)
Pengawalan penjualan, pengedaran dan penerbitan teks Al-Qur’an
(1) Mulai dari tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, iaitu suatu tarikh yang tidak boleh lebih awal daripada enam bulan dari tarikh pemberitahuan itu disiarkan, tiada seorang pun boleh menjual, menawarkan untuk jualan, mengedarkan atau menerbitkan, atau ada dalam milikannya, jagaannya atau kawalannya bagi maksud penjualan atau pengedaran, sesuatu teks Al-Qur’an, melainkan jika ditunjukkan dengan ketara pada helai bercetak yang pertama atau yang akhir teks itu atau, dalam hal sesuatu teks rakaman, pada suatu bahagian mudah dilihat teks itu, maklumat yang dinyatakan dalam subseksyen 8(1) atau perakuan yang dinyatakan dalam subseksyen 12(3) dan maklumat atau perakuan itu adalah benar-benar mengenainya.
(2) Seseorang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda
tidak melebihi *lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Read this section in the full act →
Find Act 326 on lom.agc.gov.my ↗
Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).