My bookmarksSign up free
← Printing of Qur'Anic Texts Act 1986

Printing of Qur'Anic Texts Act 1986 s 17

Printing of Qur'Anic Texts Act 1986 s 17

s 17 Power to seize, detain and search for unlawful Qur’anic texts or Qur’anic material

(1) Any police officer not below the rank of Inspector, or any public officer authorized in writing by the Islamic Religious Council of any State or Federal Territory, may seize and detain any Qur’anic text or Qur’anic material found in the possession of any person if the police officer or the public officer has reasonable cause to believe that it has been printed, published, distributed or sold, or is intended to be published, distributed or sold, in contravention of this Act or of any condition attached to the licence under section 5, or that there is any error in respect of the Qur’anic Verses contained in the Qur’anic text or Qur’anic material. (2) Any police officer not below the rank of Inspector or any public officer authorized in writing by the Islamic Religious Council of any State or Federal Territory to apply for a warrant under this subsection may apply to a Magistrate or a Sessions Court Judge for a warrant empowering such officer to enter upon any premises and search for and seize and detain any Qur’anic text or Qur’anic material the printing, publication, distribution or sale of which is unlawful under this Act, or which contains any error in respect of the Qur’anic Verses contained in the Qur’anic text or Qur’anic material. (3) An application for a warrant under subsection (2) shall be supported by an information to the effect that there is reasonable cause for suspecting that there is in the premises any Qur’anic text or Qur’anic material the printing, publication, distribution or sale of which is unlawful under this Act, or which contains any error in respect of the Qur’anic Verses contained in the Qur’anic text or Qur’anic material, and the Magistrate or Sessions Court Judge to whom the application is made shall, unless he has grounds to believe that the information supplied is not correct, issue the warrant applied for. (4) Whenever it appears to any police officer not below the rank of Assistant Superintendent that there is reasonable cause to believe that in any premises there is concealed or deposited any Qur’anic text or Qur’anic material the printing, publication, distribution or sale of which is unlawful under this Act, or which contains any error in respect of the Qur’anic Verses contained in the Qur’anic text or Qur’anic material, and he has good grounds for believing that by reason of the delay which would be entailed by obtaining a search warrant the object of the search is likely to be frustrated, he may enter and search the premises and seize and detain the Qur’anic text or Qur’anic material as if he were empowered to do so by a warrant issued under subsection (2).

Malay text (authoritative)

Kuasa menyita, menahan dan memeriksa teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang menyalahi undang-undang

(1) Seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, atau seseorang pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis Agama Islam sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan, boleh menyita, menahan dan memeriksa sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang dijumpai dalam milikan seseorang jika pegawai polis atau pegawai awam itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa ia telah dicetak, diterbitkan, diimport, diedarkan atau dijual, atau dimaksudkan untuk diterbitkan, diimport, diedarkan atau dijual, dengan melanggar Akta ini atau mana-mana syarat yang dikepilkan kepada lesen itu di bawah seksyen 5, atau bahawa terdapat sesuatu kesilapan berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu. (2) Seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor atau seseorang pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Majlis Agama Islam sesuatu Negeri atau Wilayah Persekutuan untuk memohon waran di bawah subseksyen ini boleh memohon kepada seseorang Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen untuk mendapatkan waran yang memberi kuasa kepada pegawai itu memasuki sesuatu premis dan mencari dan menyita dan menahan sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang pencetakan, penerbitan, pengimportan, pengedaran atau penjualannya menyalahi undang-undang di bawah Akta ini, atau yang mengandungi sesuatu kesilapan berkenaan dengan Ayat-Ayat Al- Qur’an yang terkandung di dalam teks Al-Qur’an atau bahan Al- Qur’an itu. (3) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan waran di bawah subseksyen (2) hendaklah disokong oleh maklumat yang bermaksud bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa di premis itu terdapat sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang pencetakan, penerbitan, pengimportan, pengedaran atau penjualannya menyalahi undang-undang di bawah Akta ini, atau yang mengandungi apa-apa kesilapan berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu, dan Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen yang kepadanya permohonan itu dibuat hendaklah, melainkan jika dia mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa maklumat yang diberikan itu tidak betul, mengeluarkan waran yang dipohon itu. (4) Apabila ternyata kepada seseorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di sesuatu premis telah disembunyikan atau diletakkan sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an yang pencetakan, penerbitan, pengimportan, pengedaran dan penjualannya menyalahi undang-undang di bawah Akta ini, atau yang mengandungi apa-apa kesilapan berkenaan dengan Ayat- Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu, dan dia mempunyai alasan yang baik untuk mempercayai bahawa disebabkan oleh kelengahan yang mesti akan terjadi kerana mendapatkan suatu waran geledah matlamat penggeledahan itu mungkin akan terkecewa, dia boleh memasuki dan menggeledah premis itu dan menyita dan menahan teks Al- Qur’an atau bahan Al-Qur’an itu seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat demikian oleh sesuatu waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2).

Read this section in the full act →

Find Act 326 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next