My bookmarksSign up free
← Printing of Qur'Anic Texts Act 1986

Printing of Qur'Anic Texts Act 1986 s 2

Printing of Qur'Anic Texts Act 1986 s 2

s 2 Interpretation

In this Act, unless the context otherwise requires— “correct” in respect of Qur’anic Verses includes being complete and correctly arranged, not only in themselves but also in the context of the Qur’anic text in question as a whole; and “incorrect” and “error” shall be construed accordingly; “document” means any matter expressed, described, or howsoever represented, upon any substance, material, thing or article, including any matter embodied in a disc, tape, film, sound track or other device whatsoever, by means of— (a) letters, figures, marks, symbols, signals, signs, or other forms of expression, description, or representation whatsoever; (b) any visual recording (whether of still or moving images); (c) any sound recording, or any electronic, magnetic, mechanical or other recording whatsoever and howsoever made, or any sounds, electronic impulses, or other data whatsoever; (d) a recording, or transmission, over a distance of any matter by any, or any combination, of the means mentioned in paragraph (a), (b) or (c), or by more than one of the means mentioned in paragraphs (a), (b), (c) and (d), intended to be used or which may be used for the purpose of expressing, describing, or howsoever representing, that matter; “Islamic Religious Council” means the authority, by whatever name called, established by or under any written law for the purpose, solely or besides other purposes, of advising the head of the religion of Islam in a State or Federal Territory in matters relating to the religion of Islam; “Lembaga” means the Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur’an established under subsection 3(1); “licence” means a licence issued under section 5; “Minister” and “Ministry” mean the Minister and Ministry responsible for the licensing of printing presses; “Mufti” means an official appointed to act as a Mufti for any State or Federal Territory under any written law relating to the administration of Islamic law; “printing” and expressions referring to printing include writing, lithography, typewriting, photography and other modes of representing or reproducing words or objects in visible form; “Qur’anic material” means any document containing any Qur’anic Verse, other than a “Qur’anic text’, as defined in this section; “Qur’anic text” means any document containing the complete Arabic text of the Qur’an or any part thereof which contains one juzu’ or more with or without translation, or interpretation, as the case may be; “Qur’anic Verse” includes any part of any Qur’anic Verse in Arabic.

Malay text (authoritative)

Tafsiran

(1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain — “Ayat Al-Qur’an” meliputi mana-mana bahagian Ayat Al-Qur’an dalam bahasa Arab; “bahan Al-Qur’an” ertinya sesuatu dokumen yang mengandungi mana-mana Ayat Al-Qur’an, sama ada dalam tulisan bahasa Arab atau Braille, selain daripada suatu “teks Al-Qur’an” sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen ini; “betul” berkenaan dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an, termasuklah berkeadaan lengkap dan tersusun dengan betul, bukan sahaja dalam konteksnya sendiri tetapi juga dalam konteks seluruh teks Al-Qur’an yang berkenaan; dan “tidak betul” dan “silap” hendaklah ditafsirkan sewajarnya; “dokumen” ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan— (a) huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, lambang, atau apa jua pun bentuk pernyataan, perihalan, atau gambaran lain; (b) apa-apa rakaman tampak (sama ada imej kaku atau bergerak); (c) apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, megnetik, mekanikal atau rakaman lain dan walau bagaimana jua pun dibuat, atau apa-apa bunyi, dedenyut elektronik, atau apa jua pun data lain; (d) suatu rakaman, atau pemancaran, dari suatu jarak, apa-apa hal dengan mana-mana, atau apa-apa gabungan, cara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c), atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua cara sekalipun menggambarkan, hal itu; “Lembaga” ertinya Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Qur’an yang ditubuhkan di bawah subseksyen 3(1); “lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 5; “Majlis Agama Islam” ertinya pihak berkuasa, dengan nama apa pun ia disebut, yang ditubuhkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud, semata-mata atau di samping tujuan lain, menasihatkan ketua agama Islam di sesuatu Negeri atau sesuatu Wilayah Persekutuan dalam perkara yang berhubungan dengan agama Islam; “Menteri” dan “Kementerian” ertinya Menteri dan Kementerian yang bertanggungjawab tentang pelesenan mesin-mesin cetak; “Mufti” ertinya pegawai yang dilantik untuk bertindak sebagai Mufti bagi mana-mana Negeri atau Wilayah Persekutuan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pentadbiran undang-undang Islam; “pencetakan” dan ungkapan yang merujuk kepada pencetakan meliputi tulisan, litografi, tulisan taip, fotografi dan cara lain untuk menggambarkan atau menyalin perkataan atau benda dalam bentuk nyata; “teks Al-Qur’an” ertinya sesuatu dokumen yang mengandungi teks bahasa Arab yang lengkap bagi Al-Qur’an atau mana-mana bahagiannya, sama ada dalam tulisan bahasa Arab atau Braille, yang mengandungi satu juzu' atau lebih sama ada dengan terjemahan atau tafsiran atau tidak, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Read this section in the full act →

Find Act 326 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next