My bookmarksSign up free
← Printing of Qur'Anic Texts Act 1986

Printing of Qur'Anic Texts Act 1986 s 20A

Printing of Qur'Anic Texts Act 1986 s 20A

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 20A Pengkompaunan kesalahan

(1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan— (a) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun; dan (b) kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu. (2) Pengerusi Lembaga atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pengerusi Lembaga boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Pengerusi Lembaga suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu. (3) Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bilabila masa selepas kesalahan dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan. (4) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Pengerusi Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat. (5) Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2)— (a) tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan (b) sesuatu teks Al-Qur’an atau bahan Al-Qur’an, dokumen, rekod atau apa-apa yang disita yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilucuthakkan dan dilupuskan atau dilepaskan oleh Pengerusi Lembaga, tertakluk kepada apaapa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Pengerusi Lembaga. (6) Semua wang yang diterima oleh Pengerusi Lembaga di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Read this section in the full act →

Find Act 326 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next