My bookmarksSign up free
← Printing of Qur'Anic Texts Act 1986

Printing of Qur'Anic Texts Act 1986 s 6

Printing of Qur'Anic Texts Act 1986 s 6

s 6 Submission of final proof or original copy of Qur’anic text to the Lembaga

(1) No person shall print or publish any Qur’anic text unless the final proof or original copy of the Qur’anic text, as the case may be, has been submitted to the Lembaga and the Lembaga has certified that the Qur’anic Verses contained in the final proof or original copy are correct, whether as originally submitted or as corrected by the Lembaga. (2) The certificate issued under subsection (1) shall bear an appropriate reference number and shall specify the corrections, if any, made by the Lembaga to or in respect of the Qur’anic text. (3) Any person who contravenes the provision of subsection (1) commits an offence and is liable on conviction to a fine not exceeding ten thousand ringgit or to imprisonment not exceeding three years or to both.

Malay text (authoritative)

Pengemukaan pruf akhir atau tulisan asal teks Al-Qur’an kepada Lembaga

(1) Tiada seorang pun boleh mencetak atau menerbitkan sesuatu teks Al-Qur’an melainkan jika pruf akhir atau salinan asal teks Al-Qur’an itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah dikemukakan kepada Lembaga dan Lembaga telah memperakui bahawa Ayat-Ayat Al-Qur’an yang terkandung di dalam pruf akhir atau salinan asal itu betul dan mengikut kaedah penulisan yang ditentukan oleh Lembaga, sama ada sebagaimana yang dikemukakan pada asalnya atau sebagaimana yang dibetulkan oleh Lembaga. (2) Perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi nombor rujukan yang sesuai dan hendaklah menyatakan pembetulan, jika ada, yang dibuat oleh Lembaga kepada atau berkenaan dengan teks Al-Qur’an itu. (3) Seseorang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi ***lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. *CATATAN—Dahulunya “sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun”-lihat perenggan 5(a) Akta Pencetakan Teks Al-Qu’ran (Pindaan) 2023 [Akta A1696]. **CATATAN—Dahulunya “lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun”-lihat perenggan 5(b) Akta Pencetakan Teks Al-Qu’ran (Pindaan) 2023 [Akta A1696]. ***CATATAN—Dahulunya “sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun”-lihat perenggan 6(b) Akta Pencetakan Teks Al-Qu’ran (Pindaan) 2023 [Akta A1696].

Read this section in the full act →

Find Act 326 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next