My bookmarksSign up free
← Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987

Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 s 14

Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 s 14

s 14 Classes and categories of commercial vehicles

(1) Public service vehicles shall be divided into and licensed under the following classes: (a) stage buses; (b) charter buses; (c) express buses; (d) mini buses; (e) employees buses; (f) feeder buses; (g) school buses; (h) hire cars; (i) hire and drive cars; (j) taxi cabs; (k) airport taxi cabs; and (l) limousine taxi cabs. (1A) Notwithstanding subsection (1) the Minister may make rules for the purpose of prescribing any other classes of public service vehicles as he thinks fit. (1B) For the purpose of this Act, an e-hailing vehicle shall be a public service vehicle and subject to an intermediation business license issued under Part IVA. (2) (a) Goods vehicles shall be divided into and licensed under the following classes: (i) carrier’s licence ‘A’; and (ii) carrier’s licence ‘C’. (b) Goods vehicles of either class may be of different types in respect of their functions. (3) A carrier’s licence ‘A’ shall entitle the holder thereof to use the authorized vehicle for the carriage of goods for hire or reward for or in connection with any trade or business carried on by him as a carrier of goods. (4) A carrier’s licence ‘C’ shall entitle the holder thereof to use the authorized vehicle for the carriage of his own goods for or in connection with any trade or business carried on by him, but it shall be a condition of the licence that no vehicle which is for the time being an authorized vehicle shall be used for the carriage of goods for hire or reward other than goods sold and delivered by the holder under a contract of sale where a charge is made for the delivery of the goods. (5) A motor vehicle specified in a carrier’s licence shall not, while it remains so specified, be specified in any other carrier’s licence. (6) Where at any time goods are carried in a motor vehicle, being a vehicle which has been let on hire by a person who, at the time of the carriage of the goods, is within the meaning of this Act the user of the vehicle, the goods shall be deemed to be carried by that person for hire or reward: Provided that— (a) the collection or delivery by a person of goods bought, sold, used or let on hire purchase in the course of a trade or business carried on by him; (b) the collection or delivery by a person of goods which have been or are to be subjected to a process or treatment in the course of a trade or business carried on by him; (c) the carriage of goods in a motor vehicle by a manufacturer, agent or dealer whilst the vehicle is being used by him for demonstration purposes; or (d) the carriage of goods in a motor vehicle which is being used under and in accordance with the rules applicable to a motor trade licence taken out by a manufacturer, repairer or dealer under the Road Transport Act 1987, shall not be deemed to constitute carrying of the goods for hire or reward for the purposes of this Act. (7) For the purpose of this Act, a p-hailing vehicle shall be a goods vehicle and subject to an intermediation business licence issued under Part IVA.

Malay text (authoritative)

Kelas dan kategori kenderaan perdagangan

(1) Kenderaan perkhidmatan awam hendaklah terbahagi kepada dan dilesenkan di bawah kelas berikut: (a) bas berhenti-henti; (b) bas carter; (c) bas ekspres; (d) bas mini; (e) bas pekerja; (f) bas pengantara; (g) bas sekolah; (h) kereta sewa; (i) kereta sewa dan pandu; (j) teksi; (k) teksi lapangan terbang; dan (l) teksi mewah. (1A) Walau apa pun subseksyen (1) Menteri boleh membuat kaedahkaedah bagi maksud menetapkan apa-apa kelas lain kenderaan perkhidmatan awam yang difikirkannya patut. (1B) Bagi maksud Akta ini, kenderaan e-hailing hendaklah menjadi suatu kenderaan perkhidmatan awam dan tertakluk pada suatu lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah Bahagian IV A. (2) (a) Kenderaan barangan hendaklah terbahagi kepada dan dilesenkan di bawah kelas berikut: (i) lesen pembawa ‘A’; dan (ii) lesen pembawa ‘C’. (b) Kenderaan barangan daripada mana-mana satu kelas boleh jadinya dari jenis yang berlainan berkenaan dengan fungsinya. (3) Suatu lesen pembawa ‘A’ akan membolehkan pemegangnya menggunakan kenderaan dibenarkan bagi membawa barangan untuk sewa atau upah bagi atau berhubungan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan olehnya sebagai pembawa barangan. (4) Suatu lesen pembawa ‘C’ akan membolehkan pemegangnya menggunakan kenderaan dibenarkan bagi membawa barangan sendiri bagi atau berhubungan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan olehnya, tetapi hendaklah menjadi suatu syarat lesen itu bahawa tiada kenderaan yang pada masa itu suatu kenderaan dibenarkan akan digunakan bagi membawa barangan untuk sewa atau upah selain daripada barangan yang dijual dan diserah hantar oleh pemegang lesen itu di bawah suatu kontrak jualan di mana suatu caj dibuat bagi penyerahhantaran barangan tersebut. (5) Kenderaan motor yang dinyatakan dalam sesuatu lesen pembawa tidaklah boleh, selagi ia dinyatakan sedemikian dinyatakan dalam mana-mana lesen pembawa yang lain. (6) Jika pada bila-bila masa barangan dibawa dalam sesuatu kenderaan motor, iaitu kenderaan yang telah disewa oleh seseorang yang, semasa pembawaan barangan itu, dalam erti Akta ini adalah pengguna kenderaan itu, barangan itu hendaklah disifatkan dibawa oleh orang itu untuk sewa atau upah: Dengan syarat bahawa— (a) pemungutan atau penyerahhantaran barangan yang dibeli, dijual, digunakan atau disewakan secara sewa beli oleh seseorang dalam urusan perdagangan atau perniagaan yang dijalankan olehnya; (b) pemungutan atau penyerahhantaran barangan yang telah atau akan dikenakan sesuatu proses atau rawatan oleh seseorang dalam urusan perdagangan atau perniagaan yang dijalankan olehnya; (c) pembawaan barangan dalam sesuatu kenderaan motor oleh seseorang pengilang, ejen atau peniaga semasa kenderaan itu digunakan olehnya bagi maksud demonstrasi; atau (d) pembawaan barangan dalam sesuatu kenderaan motor yang digunakan di bawah dan mengikut kaedah-kaedah yang terpakai bagi lesen perdagangan motor yang diambil oleh seseorang pengilang, pembaik atau peniaga di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, tidaklah boleh disifatkan sebagai membawa barangan untuk mendapat sewa atau upah bagi maksud Akta ini. (7) Bagi maksud Akta ini, kenderaan p-hailing hendaklah menjadi suatu kenderaan barangan dan tertakluk pada lesen perniagaan pengantaraan yang dikeluarkan di bawah Bahagian IVA.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 334 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next