My bookmarksSign up free
← Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987

Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 s 19

Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 s 19

s 19 Conditions which may be attached to licence

(1) Subject to this Act, the Board may attach to any licence granted under this Act such conditions as it may think fit and in particular— (a) in relation to a specified class of public service vehicles licence— (i) that specified fares shall be charged; (ii) that where desirable in the public interest, the fares shall be so fixed as to prevent wasteful competition with alternative means of transport, if any, along the route or any part thereof or in proximity thereto; (iii) that the service shall be operated within the specified areas or routes and in accordance with a specified time-table or in accordance with specified hours of operation and specified frequency; (iv) that copies of the time-table and fare-table shall be carried and displayed in vehicles used on the service and shall be liable for inspection; (v) that passengers shall not be taken up or set down except at points specified in the licence or shall not be taken up or set down between specified points; (vi) that passengers in excess of a specified number shall not be carried; (vii) that the holder of the licence or certain specified persons only shall drive or operate the vehicle; (viii) that the authorized vehicle is installed with a ticket machine or equipment of the latest technology as may be determined by the Board; (b) in relation to a goods vehicle licence— (i) that the authorized vehicle shall or shall not be used in specified areas or between specified places or during specified times; (ii) that the authorized vehicle shall or shall not be operated in areas other than the areas for which the licence was issued; (iii) that certain classes or description of goods only shall or shall not be carried; (iv) that goods shall or shall not be carried for specified persons; (v) that the charge or the maximum or minimum charges to be made for the carriage of goods, the labour charges for the loading and unloading of vehicles and the charges for the demurrage of vehicles shall be as determined by the Board; (vi) that the laden weight of any authorized vehicle shall not exceed a specified maximum; (vii) that explosive, inflammable, poisonous or dangerous goods or goods which give off an offensive smell shall be carried in a specified manner and that specified precautions shall be taken in relation to the carriage of such goods; (c) in relation to a carrier’s licence ‘A’ which has no restriction on the type of goods to be carried, that the carriage of goods shall not be refused without reasonable excuse; (d) (Deleted by Act A1024); (e) in relation to all licences— (i) that the wages, conditions and hours of employment of persons employed in connection with the authorized vehicle or authorized service shall conform to certain specified requirements; (ii) that documents relating to the goods or passengers shall be carried on the authorized vehicle; (iii) that the issue and control of tickets for passengers and consignment notes for goods and the numbering or marking of such goods in such manner as to enable them to be readily identified shall conform to the requirements of the Board; (iv) that the holder of the licence shall keep and produce on demand for inspection and verification specified accounts, documents and records; (v) that the safety and convenience of passengers on vehicles and persons on roads shall be promoted; (vi) that the authorized vehicle is kept in a designated place. (2) The Board may, at any time and from time to time in its discretion, add, cancel or vary any of the conditions attached to a licence under this section. (3) The holder of the licence or any person using, causing or permitting the use of a vehicle in respect of which a licence has been issued under this Act who fails to comply with any of the conditions attached to the licence under this section shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine of not less than one thousand ringgit but not more than ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. (4) In the case of a vehicle used for the transportation of goods and in respect of which a licence under this Act has been issued, the holder of the licence or any other person who causes or permits the vehicle to be used by any person shall, if the person who uses the vehicle fails to comply with any of the conditions attached to the licence under this section, be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine of not less than one thousand ringgit but not more than ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.

Malay text (authoritative)

Syarat yang boleh dikenakan pada lesen

(1) Tertakluk pada Akta ini, Lembaga boleh mengenakan apaapa syarat yang difikirkannya patut pada mana-mana lesen yang diberi di bawah Akta ini dan khususnya— (a) berhubungan dengan suatu kelas tertentu lesen kenderaan perkhidmatan awam— (i) bahawa tambang tertentu hendaklah dikenakan; (ii) bahawa jika perlu bagi kepentingan awam, tambang hendaklah ditetapkan supaya mengelakkan berlakunya persaingan yang membazir dengan cara pengangkutan yang alternatif, jika ada, di sepanjang laluan atau mana-mana bahagiannya atau yang berdekatan dengannya; (iii) bahawa perkhidmatan itu hendaklah dijalankan di dalam kawasan atau laluan yang tertentu dan mengikut jadual waktu yang tertentu atau mengikut waktu perjalanan dan kekerapan yang tertentu; (iv) bahawa salinan jadual waktu dan jadual tambang hendaklah dibawa dan ditunjukkan dalam kenderaan yang digunakan semasa perkhidmatan itu dan boleh dikenakan pemeriksaan; (v) bahawa penumpang tidaklah boleh diambil atau diturunkan kecuali di tempat yang ditentukan di dalam lesen itu dan tidaklah boleh diambil atau diturunkan di antara tempat yang tertentu; (vi) bahawa jumlah penumpang yang melebihi bilangan tertentu tidaklah boleh dibawa; (vii) bahawa pemegang lesen itu atau orang tertentu sahaja yang boleh memandu atau mengendalikan kenderaan itu; (viii) bahawa kenderaan dibenarkan itu dilengkapi dengan mesin tiket atau kelengkapan yang menggunakan teknologi terbaru sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; (b) berhubungan dengan suatu lesen kenderaan barangan— (i) bahawa kenderaan dibenarkan itu hendaklah digunakan atau tidaklah boleh digunakan dalam kawasan tertentu atau di antara tempat yang tertentu atau pada masa-masa tertentu; (ii) bahawa kenderaan dibenarkan itu hendaklah dikendalikan atau tidaklah boleh dikendalikan dalam kawasan selain kawasan yang lesen telah dikeluarkan baginya; (iii) bahawa barangan daripada kelas atau perihalan tertentu sahaja boleh dibawa atau tidaklah boleh dibawa; (iv) bahawa barangan hendaklah dibawa atau tidaklah boleh dibawa untuk orang tertentu; (v) bahawa caj atau caj maksimum atau minimum yang hendak dikenakan bagi pembawaan barangan, caj buruh bagi memuatkan dan memunggahkan kenderaan dan caj bagi demuraj kenderaan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga; (vi) bahawa berat dengan muatan apa-apa kenderaan dibenarkan tidaklah boleh melebihi maksimum yang dinyatakan; (vii) bahawa barangan letupan, mudah terbakar, beracun atau berbahaya atau barangan yang mengeluarkan bau busuk hendaklah dibawa dengan cara tertentu dan langkah berjaga-jaga tertentu hendaklah diambil berhubungan dengan pembawaan barangan tersebut; (c) berhubungan dengan sesuatu lesen pembawa ‘A’ yang tidak mempunyai sekatan ke atas jenis barangan yang akan dibawa, bahawa pembawaan barangan tidaklah boleh ditolak tanpa sebab yang munasabah; (d) (Dipotong oleh Akta A1024); (e) berhubungan dengan semua lesen— (i) bahawa upah, syarat dan waktu kerja orang yang digajikan berkaitan dengan kenderaan dibenarkan atau perkhidmatan dibenarkan itu hendaklah menepati beberapa keperluan tertentu; (ii) bahawa dokumen yang berhubungan dengan barangan atau penumpang hendaklah dibawa di dalam kenderaan dibenarkan itu; (iii) bahawa pengeluaran dan pengawalan tiket untuk penumpang dan catatan konsainan bagi barangan dan penomboran atau penandaan barangan itu dengan apaapa cara untuk membolehkan barangan itu senang dikenali hendaklah menepati kehendak Lembaga; (iv) bahawa pemegang lesen hendaklah menyimpan dan menunjukkan akaun, dokumen dan rekod tertentu apabila diminta untuk pemeriksaan atau penentusahan; (v) bahawa keselamatan dan keselesaan penumpang semasa berada di dalam kenderaan dan orang yang berada di jalan hendaklah digalakkan; (vi) bahawa kenderaan dibenarkan itu disimpan di tempat yang ditetapkan. (2) Lembaga boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa menurut budi bicaranya menambah, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen di bawah seksyen ini. (3) Pemegang lesen atau mana-mana orang yang menggunakan, menyebabkan atau membenarkan penggunaan sesuatu kenderaan yang berkenaan dengannya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah Akta ini yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (4) Dalam hal kenderaan yang digunakan untuk pengangkutan barangan dan yang berkenaan dengannya suatu lesen di bawah Akta ini telah dikeluarkan, pemegang lesen atau mana-mana orang yang menyebabkan atau membenarkan kenderaan yang berkenaan digunakan oleh mana-mana orang adalah, sekiranya orang yang menggunakan kenderaan itu gagal mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen itu di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau keduaduanya.

Read this section in the full act → · Open Part IV →

Find Act 334 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next