My bookmarksSign up free
← Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987

Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 s 34

Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 s 34

s 34 Prohibition of use of unlicensed goods vehicle

(1) Subject to this Act, no person shall use a goods vehicle or cause or permit a goods vehicle to be used for the carriage of goods unless there is in force a carrier’s licence granted under this Act authorizing such use, or otherwise than in accordance with such licence and any conditions attached thereto, and if he does so he shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine of not less than one thousand ringgit but not more than ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both. (2) This section shall not apply— (a) to the use of a public service vehicle in pursuance of a licence granted under this Act when used by the licence holder in accordance with such licence and any conditions attached thereto; (b) to the use of a motor vehicle for the purpose of funerals; (c) to the use of a motor vehicle for police, fire brigade or ambulance purposes; (d) to the use of a motor vehicle for towing a disabled motor vehicle from a road to a place of safety or for removing goods from a disabled motor vehicle and removing such goods to a place of safety; (e) to the use of a motor vehicle for any specified purpose or the use of a motor vehicle of any class or description, when rules made by the Minister under this Act provide that such use shall not be subject to this section; (f) to the use of a motor vehicle for the purpose of the Government or local authority when such vehicle is owned by the Government or local authority; (g) to the use of a motor vehicle in respect of which all the following conditions are satisfied: (i) the vehicle is a goods vehicle; (ii) the maximum permissible laden weight of the vehicle does not exceed such weight as the Board may specify from time to time; (iii) the vehicle is registered as a goods vehicle; (iv) the prescribed motor vehicle licence fee payable in respect of the vehicle as a goods vehicle has been paid and a motor vehicle licence issued in consequence of such payment is in force; and (v) the vehicle is used by its owner solely for the carriage of goods for or in connection with any trade or business carried on by such owner, provided that he does not use such vehicle for the carriage of goods for hire or reward other than goods sold and delivered by him in cases where, under the contract of sale, a charge is made for the delivery of the goods; and (h) to a p-hailing vehicle.

Malay text (authoritative)

Larangan ke atas penggunaan kenderaan barangan yang tidak berlesen

(1) Tertakluk pada Akta ini, tiada seorang pun boleh menggunakan sesuatu kenderaan barangan atau menyebabkan atau membenarkan sesuatu kenderaan barangan digunakan untuk membawa barangan melainkan jika ada berkuat kuasa suatu lesen pembawa yang telah diberikan di bawah Akta ini yang membenarkan penggunaan sedemikian, atau dengan cara lain daripada yang dibenarkan oleh lesen itu dan apa-apa syarat yang dikenakan padanya; dan jika dia berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (2) Seksyen ini tidak terpakai— (a) bagi penggunaan kenderaan perkhidmatan awam menurut suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini apabila digunakan oleh pemegang lesen itu menurut lesen tersebut dan apa-apa syarat yang dikenakan padanya; (b) bagi penggunaan kenderaan motor bagi maksud pengebumian; (c) bagi penggunaan kenderaan motor bagi maksud polis, bomba atau ambulans; (d) bagi penggunaan kenderaan motor bagi menunda kenderaan motor yang rosak dari sesuatu jalan ke suatu tempat yang selamat atau bagi memindahkan barangan daripada kenderaan motor yang rosak dan memindahkannya ke tempat yang selamat; (e) bagi penggunaan kenderaan motor bagi apa-apa maksud tertentu atau penggunaan sesuatu kenderaan motor daripada apa-apa kelas atau perihalan, apabila kaedah-kaedah yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini memperuntukkan bahawa penggunaan sedemikian tidak tertakluk pada seksyen ini; (f) bagi penggunaan kenderaan motor bagi maksud Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan apabila kenderaan itu dipunyai oleh Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan itu; (g) bagi penggunaan kenderaan motor yang berkenaan dengannya semua syarat berikut dipenuhi: (i) kenderaan itu ialah kenderaan barangan; (ii) berat dengan muatan maksimum dibenarkan bagi kenderaan itu tidak melebihi apa-apa berat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa; (iii) kenderaan itu didaftarkan sebagai kenderaan barangan; (iv) fi lesen kenderaan motor yang ditetapkan yang kena dibayar berkenaan dengan kenderaan itu sebagai kenderaan barangan telahpun dibayar dan lesen kenderaan motor yang dikeluarkan hasil daripada bayaran itu masih berkuat kuasa; dan (v) kenderaan itu digunakan oleh pemunyanya sematamata untuk membawa barangan untuk atau berkaitan dengan apa-apa perdagangan atau perniagaan yang dijalankan oleh pemunya itu, dengan syarat bahawa dia tidak menggunakan kenderaan itu untuk membawa barangan untuk sewa atau upah selain barangan yang dijual dan diserah hantar olehnya dalam hal di mana, menurut suatu kontrak penjualan, bayaran dikenakan bagi penyerahhantaran barangan itu; dan (h) bagi kenderaan p-hailing.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 334 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next