My bookmarksSign up free
← Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987

Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 s 36

Commercial Vehicles Licensing Board Act 1987 s 36

s 36 Other transport interests to be disclosed by applicant

(1) Without prejudice to section 15 and subsection 26A(1), any person who applies for a licence or an intermediation business licence or for a variation of a licence or an intermediation business licence or any of the conditions thereof shall disclose or furnish in the application form as prescribed— (a) any other licence or intermediation business licence that has been issued to him under this Act; (b) any financial interest whatsoever which he has in the business of any other person or company which provides facilities for the transport of passengers or goods within Malaysia; (c) any such interest or right which any other person has in his business and in the case of an applicant being a company, any right which that other person has to nominate any director of the company. (2) If the applicant fails to disclose the information required under subsection (1) or supplies such information which to his knowledge is false or incorrect in whole or in part, he shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine of not less than one thousand ringgit but not more than ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding six months or to both.

Malay text (authoritative)

Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah didedahkan oleh pemohon

(1) Tanpa menjejaskan seksyen 15 dan subseksyen 26A(1), mana-mana orang yang memohon untuk mendapatkan suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan, atau untuk mengubah suatu lesen atau lesen perniagaan pengantaraan atau apa-apa syaratnya, hendaklah mendedahkan atau mengemukakan dalam borang permohonan yang ditetapkan— (a) apa-apa lesen atau lesen perniagaan pengantaraan lain yang telah dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini; (b) apa-apa jua kepentingan kewangan yang dipunyai oleh pemohon dalam perniagaan mana-mana orang atau syarikat lain yang mengadakan kemudahan untuk membawa penumpang atau barangan di dalam Malaysia; (c) apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh manamana orang lain dalam perniagaan pemohon itu, dan dalam hal pemohon itu adalah suatu syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat itu. (2) Jika pemohon gagal mendedahkan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), atau membekalkan apa-apa maklumat yang diketahuinya adalah palsu atau tidak betul pada keseluruhannya atau sebahagiannya, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Read this section in the full act → · Open Part VI →

Find Act 334 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next