(1) Subject to subsection (4), a licence granted under this Act shall be personal to the holder thereof, and shall not be transferred or assigned.
(2) Except with the previous consent of the Board, the holder of such licence shall not appoint an agent or attorney for the purpose of exercising any of the rights conferred on him and shall not cause or permit any such agent or attorney to exercise any such right.
(3) The holder of a licence granted under this Act who purports to transfer or assign the licence or causes or permits any other person to use an authorized vehicle or to provide the service authorized in the licence shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine of not less than one thousand ringgit but not more than ten thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
(4) The Board may, in the event of the death, incapacity, bankruptcy or, in the case of a company, liquidation, of the holder of such licence or, where a receiver or manager is appointed in relation to the business of the holder of such licence or, where for any reason the Board is satisfied that it would be unjust not to do so, authorize the transfer of such licence.
Malay text (authoritative)
Pemindahmilikan lesen dilarang
(1) Tertakluk pada subseksyen (4), lesen yang diberi di bawah Akta ini hendaklah menjadi khas untuk pemegangnya, dan tidak boleh dipindah milik atau diserah hak.
(2) Pemegang lesen tidak boleh melantik seseorang ejen atau wakil bagi maksud menjalankan mana-mana hak yang diberi kepada pemegang lesen kecuali dengan keizinan terlebih dahulu daripada Lembaga dan pemegang lesen itu tidak boleh menyebabkan atau membenarkan mana-mana ejen atau wakil tersebut menjalankan manamana hak itu.
(3) Pemegang sesuatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini yang bermaksud untuk memindahmilikkan atau menyerahhakkan lesen itu atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain menggunakan kenderaan dibenarkan atau memberi perkhidmatan yang dibenarkan dalam lesen itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(4) Lembaga boleh, jika berlakunya kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, penyelesaian, pemegang lesen itu atau, jika seseorang penerima atau pengurus dilantik
berhubungan dengan perniagaan pemegang lesen itu atau, jika kerana apa-apa sebab Lembaga berpuas hati bahawa ia akan menimbulkan ketidakadilan jika tidak dilakukannya, membenarkan pemindahmilikan lesen itu.
Text as at 15 October 2023 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).