My bookmarksSign up free
← Police Act 1967

Police Act 1967 s 4

Police Act 1967 s 4

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

The English text of this section is not available from the official source; the Malay text (which is authoritative) is shown below.

s 4 Kawalan Pasukan

(1) Pasukan hendaklah di bawah perintah Ketua Polis Negara yang adalah seorang pegawai polis dan hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri bagi kawalan dan arahan Pasukan dan semua orang lain yang dilantik atau diguna khidmat untuk menjalankan tugas polis, dan hendaklah mempunyai semua kuasa yang diberi kepada seorang Pesuruhjaya atau seorang Ketua Pegawai Polis. (2) Maka hendaklah dilantik seorang Timbalan Ketua Polis Negara yang adalah seorang pegawai polis dan hendaklah berada di bawah arahan Ketua Polis Negara. (3) Timbalan Ketua Polis Negara hendaklah mempunyai semua kuasa yang diberi kepada seorang Pesuruhjaya atau seorang Ketua Pegawai Polis. (4) Mana-mana perbuatan atau perkara yang boleh dilakukan, diperintahkan atau dilaksanakan oleh Ketua Polis Negara di bawah undang-undang ini atau di bawah mana-mana undang-undang yang lain boleh, tertakluk kepada perintah dan arahannya, dilakukan, diperintahkan atau dilaksanakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya, Penolong Pesuruhjaya Kanan, atau Penolong Pesuruhjaya yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Ketua Polis Negara; dan sekiranya dia berada di luar Malaysia atau tidak berupaya menjalankan tugasnya atau sedang bercuti, fungsi Ketua Polis Negara di bawah undang-undang ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain bolehlah dijalankan oleh Timbalan Ketua Polis Negara atau mana-mana pegawai polis lain yang berpangkat tidak rendah daripada Pesuruhjaya yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong.

Read this section in the full act →

Find Act 344 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2016 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next