My bookmarksSign up free
← Police Act 1967

Police Act 1967 s 89

Police Act 1967 s 89

Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.

s 89 Unlawful possession, manufacture, sale or supply of articles supplied to police officers and unauthorized use of police uniform

Any person, not being a police officer, who― (a) is found in possession of any article which has been supplied to any police officer for the execution of his duty, or any medal or decoration granted to any police officer for gallantry, service or good conduct, and who fails to account satisfactorily for his possession thereof, or who, without lawful authority, purchases or receives any such article, medal or decoration or who aids or abets any police officer in selling or disposing of any such article, medal or decoration; (b) without lawful authority, manufactures, sells or supplies, or offers to sell or supply, a reasonable facsimile of any badge or device used to indicate that a person is a member of the Force or of any body established or raised for police duties under this Act, or a reasonable fascimile of any badge or device used to indicate the rank of a member of the Force or of a member of any body established or raised for police duties under this Act, or a reasonable facsimile of any medal or decoration granted to any police officer for gallantry, service or good conduct or who aids or abets any person in manufacturing, selling or supplying such facsimiles; or (c) without the permission of a Commanding Officer, unlawfully wears, uses or displays otherwise than in the course of a stage play or other theatrical performance, any uniform of the Force or any badge or device to indicate that he is a member of the Force or of any other body established or raised for police duties under this Act, or any dress having the appearance of or bearing the distinctive marks on such uniform, shall be guilty of an offence under this Act.

Malay text (authoritative)

Memiliki, membuat, menjual atau membekalkan secara haram peralatan yang dibekalkan kepada pegawai polis dan penggunaan pakaian seragam polis tanpa kebenaran

Seseorang, yang bukannya seorang pegawai polis, yang― (a) didapati ada dalam miliknya apa-apa peralatan yang telah dibekalkan kepada mana-mana pegawai polis untuk melaksanakan tugasnya, atau apa-apa pingat atau bintang penghormatan yang diberi kepada mana-mana pegawai polis kerana keberanian, perkhidmatan atau kelakuan baik, dan yang tidak dapat menerangkan dengan memuaskan bagaimana ia ada dalam miliknya, atau yang, tanpa kebenaran yang sah, membeli atau menerima apa-apa peralatan itu, pingat atau bintang penghormatan atau yang membantu atau bersubahat dengan mana-mana pegawai polis dalam menjual atau melupuskan apa-apa peralatan, pingat atau bintang penghormatan itu; (b) tanpa kebenaran yang sah membuat, menjual atau membekal, atau menawar untuk menjual atau membekal, suatu faksimile munasabah apa-apa lencana atau tanda yang digunakan untuk menunjukkan bahawa seseorang itu adalah anggota Pasukan atau mana-mana badan yang ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas-tugas polis di bawah Akta ini, atau suatu faksimile munasabah apa-apa lencana atau tanda yang digunakan untuk menunjuk pangkat seseorang anggota Pasukan atau seseorang anggota mana-mana badan yang ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas polis di bawah Akta ini, atau suatu faksimile munasabah apa-apa pingat atau bintang penghormatan yang diberi kepada mana-mana pegawai polis kerana keberanian, perkhidmatan atau kelakuan baik atau yang membantu atau bersubahat dengan mana-mana orang yang membuat, menjual atau membekal faksimile itu; atau (c) tanpa kebenaran seorang Pegawai Memerintah, secara haram memakai, mengguna atau mempamerkan kecuali semasa mengadakan permainan pentas atau pertunjukan panggung lain, apa-apa pakaian seragam Pasukan atau apa-apa lencana atau tanda untuk menunjukkan yang dia seorang anggota Pasukan atau mana-mana badan lain yang ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas polis di bawah Akta ini, atau apa-apa pakaian yang berupa atau mempunyai tanda tertentu pakaian seragam itu, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Read this section in the full act → · Open Part XIV →

Find Act 344 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 June 2016 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next