Some sections could not be extracted from the official PDF, so this text may be incomplete.
s 99 Transitional
(1) With respect to members of the Force as constituted under this Act, the following provisions shall have effect:
(a) except as provided in paragraph (b) for the purpose of the payment of pensions, gratuities, or other allowances to members of the Force the Pensions Ordinance 1951 [Ord. 1 of 1951], of the States of Malaya and any rules, regulations and orders for the time being in force in the States of Malaya shall apply to such members; and for the purpose of this paragraph the Ordinance, rules, regulations and orders aforesaid shall be extended to the States of Sabah and Sarawak with such modifications as may be necessary to put this paragraph into effect;
(b) members of the Force to whom any other laws relating to pensions, gratuities and other allowances apply immediately before the commencement of this Act shall
continue to be governed by such laws; and where any such law is repealed by this Act such law shall notwithstanding such repeal and for the purpose only of this paragraph continue to be operative and to have effect on such members;
(c) as respects members of the Force in the States of Sabah and Sarawak nothing in this section shall affect or take away from any such members any such terms or conditions of service conferred upon or enjoyed or acquired by them immediately before the commencement of this Act.
(2) With respect to members of any auxiliary bodies established or raised under any of the laws repealed by this Act such members shall notwithstanding such repeal continue to be members of such bodies as if such bodies were established or raised under this Act until discharged or appointed in accordance with this Act.
Malay text (authoritative)
Masa peralihan
(1) Berkenaan dengan anggota Pasukan seperti ditubuhkan di bawah Akta ini, peruntukan-peruntukan berikut hendaklah berkuat kuasa―
(a) kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam perenggan (b) bagi tujuan membayar pencen, ganjaran atau elaun lain kepada anggota Pasukan, Ordinan Pencen 1951 [Ord. 1 tahun 1951], bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan apa-apa kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan perintah pada masa tersebut berkuat kuasa di Negeri-Negeri Tanah Melayu adalah terpakai kepada anggota itu; dan bagi maksud perenggan ini Ordinan, kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan perintah yang tersebut di atas hendaklah diperluaskan ke Negeri Sabah dan Sarawak dengan pengubahsuaian yang mungkin perlu untuk menguatkuasakan perenggan ini;
(b) anggota Pasukan yang kepadanya mana-mana undangundang lain berhubungan dengan pencen, ganjaran dan elaun lain dipakai sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah seterusnya terikat oleh undang-undang itu; dan jika mana-mana undang-undang itu dimansuhkan oleh Akta ini undang-undang itu hendaklah walaupun telah dimansuh bagi maksud perenggan ini sahaja terus
dikuat kuasakan dan mempunyai kesan ke atas anggota tersebut;
(c) berkenaan dengan anggota Pasukan di Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak, tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh atau mengambil daripada mana-mana anggota apa-apa terma atau syarat perkhidmatan yang diberi kepadanya atau dinikmati atau didapati oleh mereka sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini.
(2) Berkenaan dengan anggota mana-mana badan bantuan yang ditubuhkan atau didirikan di bawah mana-mana undang-undang yang dimansuhkan oleh Akta ini, anggota itu hendaklah walaupun dimansuhkan undang-undang itu terus menjadi anggota badan tersebut seolah-olah badan itu ditubuhkan atau didirikan di bawah Akta ini sehingga dilepaskan atau dilantik mengikut Akta ini.
Text as at 1 June 2016 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.
Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).