My bookmarksSign up free
← Delegation of Powers Act 1956

Delegation of Powers Act 1956 s 17

Delegation of Powers Act 1956 s 17

s 17 Signification of orders, etc., of, and signing of documents by, a Minister or Chief Minister

(1) Where by any written law power is given to a Minister or the Chief Minister of a State to make any regulation or order or give any direction, approval, permission or consent, or where any document is required to be under the hand of, or signed or countersigned by, such Minister, Chief Minister it shall be sufficient, unless it is otherwise expressed, for such regulation, order, direction, approval, permission, consent or document to be signified under the hand of, or signed or countersigned by, any officer under the administrative control or direction of such Minister or Chief Minister as the case may be and expressly or impliedly authorized by him by name or office in that behalf or in the case of a Minister under the hand of or signed or countersigned by a Deputy Minister. (2) A certificate in writing purporting to be under the hand of the Minister or Chief Minister personally that any person was at the material date an officer under his administrative control or that any such officer was expressly or impliedly authorized by him to signify, sign or countersign a certain regulation, order, direction, approval, permission, consent or document shall be conclusive evidence of the facts stated in such certificate. (3) Where any such regulation, order, direction, approval, permission, consent or document has been signified, signed or countersigned by any officer not authorized in that behalf the Minister or Chief Minister concerned as the case may be may ratify such signification, signature or countersignature and thereupon the same shall have effect as if at the date on which such signification, signature or countersignature was effected or affixed by such officer he had been duly authorized thereto.

Malay text (authoritative)

Penandaan perintah, dsb., bagi, dan penandatanganan dokumen oleh, Menteri atau Ketua Menteri

(1) Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kuasa diberikan kepada seorang Menteri atau Ketua Menteri bagi suatu Negeri untuk membuat apa-apa peraturan atau perintah atau memberikan apa-apa arahan, kelulusan, kebenaran atau keizinan, atau jika apa-apa dokumen dikehendaki di bawah tandatangan, atau ditandatangani atau ditandatangan balas oleh, Menteri atau Ketua Menteri itu, ia adalah mencukupi, melainkan jika ia dinyatakan selainnya, bagi peraturan, perintah, arahan, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen itu ditandakan di bawah tandatangan, atau ditandatangani atau ditandatangan balas oleh, mana-mana pegawai di bawah kawalan pentadbiran atau arahan Menteri atau Ketua Menteri itu mengikut mana-mana yang berkenaan dan secara nyata atau tersirat diberi kuasa olehnya mengikut nama atau jawatan bagi maksud itu atau dalam hal seorang Menteri di bawah tandatangan atau ditandatangani atau ditandatangan balas oleh seorang Timbalan Menteri. (2) Suatu perakuan secara bertulis yang berupa sebagai di bawah tandatangan Menteri atau Ketua Menteri sendiri bahawa mana-mana orang pada tarikh material merupakan seorang pegawai di bawah kawalan pentadbirannya atau bahawa mana-mana pegawai itu telah secara nyata atau tersirat diberi kuasa olehnya untuk menanda, menandatangan atau menandatangan balas suatu peraturan, perintah, arahan, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen tertentu hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu. (3) Jika mana-mana peraturan, perintah, arahan, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen itu telah ditandakan, ditandatangani atau ditandatangan balas oleh mana-mana pegawai yang tidak diberi kuasa bagi maksud itu Menteri atau Ketua Menteri yang berkaitan mengikut mana-mana yang berkenaan boleh meratifikasi penandaan, tandatangan atau tandatangan balas itu dan sesudah itu peraturan, perintah, arahan, kelulusan, kebenaran, keizinan atau dokumen itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah pada tarikh penandaan, tandatangan atau tandatangan balas itu telah dibuat atau dicapkan oleh pegawai itu dia telah diberi kuasa dengan sewajarnya.

Read this section in the full act → · Open Part III →

Find Act 358 on lom.agc.gov.my ↗

Text as at 1 January 2006 (LOM reprint); amendments made after that date may not be incorporated.

Source: Laws of Malaysia, Attorney General's Chambers of Malaysia (lom.agc.gov.my). Not a copy of the Gazette printed by the Government Printer (Interpretation Acts 1948 and 1967, s 61).

What to look at next